rectangular

Wednesday 30 October 2013

oxy10 harap2 menjadi......

Assalamualaikum....

ha ha.... tadi pas lunch terus pi kat meja membe ofc nak tanya pasal duit masuk tapi tgk dia tempek something kat jerawat dia so terus tanya dia pakai apa sebab nampak juga kesan yang menjadi kat muka dia hihi yer la sebelum ni banyak juga jerawat kat muka dia n tadi tgk dah makin kurang...

dia pun kulit jenis hannis gak kulit sensitif so nak try juga la produk yang dia guna 2...
almaklumla muka hannis pun dah di tumbuhi jerawat gatal... hihi so kat cni nak perkenalkan la oxy10 ...sebelum ni kak zaza pun ada rekomen ... n alang2  dah tgk result kat muka membe ofice yang kulit sepesen macam hannis boleh la mencube n mengetest kat muka yang umpama 'tempat uji kaji' sendiri... hihi....doa doakan la moga serasi dengan kulit hannis hurmmm dah risau ni takut x hilang2 jerawat ni....



Bad mood apa reaksi anda....

Assalamualaikum....

ha ni nak tanya uolls la penah x rasa bad mood? ha ni saya amik kat sinaf fm punye page... 

'Pakar berkata ' bad mood ' sebenarnya bagus". Hmmmm...iye ke? Kalau anda berada dlm ' bad mood ', apa cara atau pendekatan yg anda lakukan utk menanganinya?

so jom la kita kongs! saya kalau bad mood asyik nak makan ja.... biar la apapn makan je keja ....n then mula itu x kena ini x kena hurm muka pun masam mencuka...huhu  ha uolls lak? 


hidung berdarah

Assalamualaikum...

hai...ha hari ni nak tulis pasal hidung berdarah.. sebab apa? sebab cik dah kena la .. cian cik kan?
hurm tiba2 ja hidung saya berdarah pagi tadi... masuk jer ofice tup tup dah kuar darah..  n membe ofice cakap kurang vit c.. ha betul ke?  nak tau klik kat sini jangan perlekeh hidung berdarah....


sumber : google



Tuesday 29 October 2013

Trauma.....

Assalamualaikum...

hurm mod hari ni masih lagi trauma... so x da benda sangat nak ditulis...

sumber : google


loneliness...

assalamualaikum.....

sumber : en google

kawan....


assalamualaikum



~ AYAT MAUT SEORANG WANITA


Assalamualaikum....

malam baru dapat update blog siang td sakit sangat kepala... so tdo jer kat umah... xmasuk ofc pun hari ni ,,,,,

n saya nak share sikit tentang tabiat pumpuan so pmpn semua setuju x dgn artikel ni? ada x yang kena kat batang hidung?

1. Ok. Fine!
Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.

2. Bagi saya 5 minit
Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik.

3. Tak ada apa-apa
Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.
sumber google


4. Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!
Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat.

5. Keluhan kuat
Ini sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya.

6. Tak apa lah
Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda

7. Terima kasih
Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja “sama-sama”. Tetapi jika wanita berkata “terima kasih banyak-banyak ye!”, itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab “sama-sama”… hehehehe

8. Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)
Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan F**K You!. Jadi awas ..jangan dapat ayat ini wahai lelaki.

9. Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat
Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri.

Itulah serba sedikit ayat-ayat maut yang sering diucapkan oleh wanita dalam situasi dan keadaan yang tegang.

Apa kata wanita? betul atau tidak .. hanya mereka yang boleh memastikannya

Monday 28 October 2013

ole-ole dari langkawi...

Assalamualaikum....

ni nak tunjuk sikit coklat yang comey dari langkawi...
kakak satu ofc pg kusus bli la ole2 kat kitaorang.. hihi comey la nak makan pun rasa alahai sayangnya....
ni pic dia....comey x uolls....


lunch for today....

Assalamualaikum...

hai.. baru lepas lunch .. hari ni best gak la lunch sb dapat juga kaki ayam hihi dah banyak hari duk pg x dapat2 kaki ayam .. hari ni siap mintak tambah seringgit untuk kaki ayam.. ha tadi saya lunch makan koey teow th'ng (thai) sedap n pedas giler... ha uolls mesti x pnh dengar kan? hurm kitaorg kan dah sempadan siam so makanan diorang 2 dah jadi favorite kitaorang dah hihi ... ha kat bawah ni ada pic dia hari ni sempat la snap pic untuk lunch... uolls plak lunch ape?


'Pijer' pegi jauh-jauh..........

Assalamualaikum....

Tetiba jer jerawat kat muka makin banyak huh stress la 2 keje bnyk la katakan... bila stress makin menjadi jerawat datang tanpa di undang... muka saya jenis sensitif memang susah nak jaga... huh fedup juga la nak jaga.. so buat macam lieya cakap buat bodoh je lama2 hilang la dia... kalau dok layan memang lagi menyakitkan hati betul tak? uolls pernah jadi macam ni x ? kalau stress jer jerawat pun muncul,,, or kulit uolls memang dari azali dah cantik mulus? ha ha untung la sapa yang dapat kulit mulus 2 kan? x payah nak pikir pasal nak jaga muka sangat kan? just buat yang rutin jer kan? tapi saya macam2 kn buat hurm kalau timbul la jerawat ..... huuh jerawat pegi la jauh jauh.... x suka... la......




Wordless Monday? no for me is a bzy day......

Assalamualaikum...

hai.. uolls.. penah x dalam hidup uolls jadi macam saya alami sekarang...
rasanya kerja memang dok buat hari2 tapi x kurang2 juga hurm makin bertambah lagi ada la
so hari ni rasanya nak kerja keras sikit la bagi kurangkan sikit kerja yang melambak ni... orang cakap monday is a 'wordless monday' but for me monday is a bzzy day... its lot work to do... so jom la kita start buat keje...


Sunday 27 October 2013

wanita cantik selalu curang?

Assalamualaikummm

betul ke wanita yang cantik selalu curang? hurm selalu curang x kot  tapi berkemungkinan dia akan curang mungkin tepat,,, hihi topik  bikin wanita cantik kat luar sana panas punggong ...

ha bukan semua yang cantik macam ni... tapi yang saya nampak 2 memang ada benornya . wanita cantik memang cenderung untuk berlaku curang terhadap pasangan kerana mereka merasakan diri mereka boleh mendapatkan yang lebih  baik dari yang mereka ada ...

Ok  saya yakin lelaki kat luar sana yang punya kekasih hati yang cantik mesti bercakap 'ah x la gf aku x curang gf aku setia' yer ke? myb ya or myb not..... orang kalau dah rasa diri dia cantik dia x kan puas dengan yang dia ada... sebab apa saya cakap macam ni sb ada pnh jumpa orang yang di catagorize kan diri dia ni cantik memang dia x jujur dengan pasangan dia... ni contoh saya la... apa yang saya nampak la...dia  dah ada bf tapi still mencari yang lebih lagi i mean dia fikir dia cantik n blh dapat yang lagi bagus..... n dia pnh cakap dengan package yang dia ada dia blh dapat yang lebih handsome lbh kaya lagi dari yang dia ada sb dia rasa dia cantik... (dia yang cakap la bukan saya buat2 cerita..) perlukah untuk curang? kalau ya pun nak mencari yang lebih baik x perlu la pasang sana sini..... kadang2 orang cantik ni dia guna kelebihan diri ke arah yang x bpa nak elok,,,, pasang sana sini untuk di jadikan supporter....kalau lelaki yang x ksh x pa  tapi buatnya lelaki yang berdendam ha amik kor...
sumber gambar : en google

bagi saya jika kita mempunyai kelebihan dari segi rupa paras bersyukur lah x perlu la gunakan kelebihan yang ada untuk menyakitkan hati orang,,, kesian kat lelaki yang 'terkena' tu....  (tapi lelaki pun satu yang nak yang cantik je... ha padan la muka kalau terkena gf yang jenis ni.).. tepuk dada  tanya lah hati....



perlukah pose maut kat laman sesawang?

Assalamualaikum....

ha apa kes tetiba je tajuk entri macam gitu ? kelas kan kor... jeles ke? hey plsss x pun..i`m just weird,,,, why ha!!!...`perlu ke pose seksi letak kat fb or others application..?(seksi yang melampau la.. sampai nak jadi kpd `naked`) huhu kalau bukan melayu x kisah pun saya  tapi mostly yang jadi `gila glamour` dengan imej yang x bpe nak sihat ni banyaknya  melayu... diulangi melayu... apa nak jadi dengan orang sekarang ni....

sorry to say... bukan semua tapi yang segelintir ni la yang buat `habis susu sebelanga jadi mangsa` k nape saya cakap jadi mangsa? bila dah pose pic yang seksa bagai orang akan tanya `melayu ke ape? ha nak nak jawapan melayu...hurm x ke habis semua yang dapat tempias....

macam2 la yang diaorang pose yang ala mat salleh celup.. yang x cukup kain n td saya tgk pose pakai g string ja... perlu ke? perlu ke nak tunjuk `aset` sendiri kat satu dunia? glamour ke buat cam tu? saya terkejut juga td bila tgk berlambak sangat pose2 maut kat acc fb td...masyaallah... dunia dunia....

saya tulis ni bukan nak kata sapa2 tapi just meluahkan apa yang saya nampak... semakin menjadi2...kor nak `naked` ke nak pose maut ke boleh je pose sendiri2 dah la x perlu nak tunjuk kat semua org. x penting pun.....

bored........

Assalamualaikum......




apabila kesusahan datang ucapkanlah

Assalamualaikum......

Apabila kita semua ditimpa susah ucapkanlah ayat ini


Saturday 26 October 2013

kaya dan cantik jika mempunyai kedua2nya bersyukurlah

Assalamualaikum....

ha kata kata hikmah ni buat insan yang punya package kedua2nya sekali... alhamdulilah la bagi yang punya kedua2nya sekali,,,, dan diharap tidak lupa diri...


runningman? ada apa dengan runningman.....

Assalamaualaikum,,,,,

hope hari sabtu hari ni tak membosankan uolls... saya baru lepas tgk citer running man,..... hari ni macam kosong sikit sb hari ni kan hari sabtu macam malas ja nak menulis tapi lepas tgk cite running man tadi rasa macam nak menulis pun ada..   kite start tgk running man 2 sb minat kat kim jong kok...(dulu x minat pun, tapi sebab dia lah paling hero dalam running man ha sebab 2jatuh  minat n suka kat  dia)

dulu x minat pun running man 2 tapi bila dah mula try tgk  ha dia nak tgk lagi ,,,siap cari kat youtube n blog lagi hihi ....bukan apa cite ni tiap2 minggu ada tugusan yang menanti n setiap tugusan tu lah yang buat kite ternanti2 untuk melihat siapa yang bakal menang,,,,,tapi selalunya kemenangan berpihak pada kim jong kok la.....dia memang x handsome tapi stamina dia kuat... thats y kumpulan dia selalu menang... so pada uolls semua ada x yang gila runningman macam saya? kalau ada minat sebab apa? hihi

Friday 25 October 2013

tetiba dapat penyakit allergy la pulak....

Assalamualaikum...

Mengantuk la pulak  lepas makan ubat allergy ni (zyrtec)... ha dulu duk perli *org tut* cakap die "alah makan sikit jer dah nak makan ubat allergy" now dah kena batang hidung sendiri... x tahan kot allergy ni,,,,makan 2 tak boleh makan ni x boleh,,,, ha kan dah kena... so jangan mengata orang ek.. nanti Dia bayar cash...

ni sume gara2 makan nasi lemak la hari2 dah 2 tadi makan lak kuey teow sup  alahai lagi la bertambah2 sakit hidung saya... adoi letih kot nak melayan sakit ni...before this x la teruk sampai kena makan ubat bagai... now huh its feel worse... dah tambah lagi ubat dalam badan... bawah ni pic ubat yang jadi penahan sakit saya huhu

sumber : amik kat google jer x sempat nak snap dah

Dek bahana Gila Candy Crush Saga.......

Assalamualaikum

ha ha  ni nak lepas geram ni... hihi bukan kat sape pun kat game.... hihi saya main game candy crush saga.... tapi asyik terkandas ja n asyik mintak nyawa kat friends ja... dah la lembab.... huhu geram.... ade saper2 boleh tolong...malu la main game pun nak mintak tolong ngn orang....

ha tlg mainkan bagi stage dia cpt skt bergerak boleh (ade plak mcm 2 kan).... menyampah betul main game yang ada nyawa ni bila habis nyawa dah stuck... ... nak bli macam bli benda yang  real lak... tapi disebabkan gila game huhu kn sabar juga... ha uolls penah gila game sampai tahap ni x? jom kongsi....
sumber : en google


bahana hasad....

Assalamualaikum


saya nak kongsi tentang bahana hasad... mintak kita semua dijauhkan dari mempunyai sifat ini amin....

Memudahkan segala urusan dengan doa inshaa Allah

Assalamualaikum...

Ni nak share lak doa untuk memudahkan segala urusan kita... saya selalau guna doa ni x kira la tiap kali nak buat ape2 urusan ... ha nak cari parking pun hannis guna gak alhamdullilah berkat berdoa ada parking... In Shaa Allah... jom kita amalkan....


pesanan imam Ghazali.....

Assalamualaikum.....

salam jumaat semua rakan2 blogger... alhamdullillah hari ni cuaca cerah.... minta2 sampai ke malam la cerahnya....masih dalam mood risau.... :)
kepada yang ditimpa banjir di harap banyak2 bersabar...

ha hari ni x banyak cerita nak ditulis saya just copy masuk je, bersempena dengan hari jumaat nak kongsi sikit pasal 6 pesanan imam ghazali kita jom ....


Thursday 24 October 2013

jodoh.....


8 Rahsia kecantikan wanita Korea

Assalamualaikum... selamat tgh hari... lepas lunch rasa malas jer nak menaip so main cedok kat yahoo je.. untuk di kongsi bersama... jom baca.....



Source by yahoo : Okt - Seperti yang diketahui umum, kebanyakan wanita Korea sangat terkenal dengan kulit mereka yang sempurna dan licin. Mereka menghabiskan banyak masa dan wang dalam bab-bab penjagaan kulit mereka malahan mereka juga dikenali sebagai golongan yang amat peka dalam hal berkaitan penjagaan kulit. 
Sudah semestinya wanita seluruh dunia iri hati terhadap kecantikan wanita di Korea Selatan kerana penampilan dan kulit mereka. Malah, apabila salah seorang pelakon Korea, Go Hyun Jung menerbitkan buku tentang rahsia kecantikan beliau bertajuk 'Tekstur Go Hyun Jung', ia merupakan 'best seller' dan semua salinan habis dijual hanya dalam masa dua hari selepas pelancarannya pada tahun 2011. 
Walaupun negara tersebut turut dikenali dengan rata-rata penduduknya yang sanggup melakukan pembedahan plastik, namun tidak semuanya begitu. Terdapat juga wanita Korea yang menolak pembedahan plastik sebaliknya mereka hanya mengamalkan tip-tip seperti berikut. 

Penghidratan yang mencukupiMasyarakat Korea percaya bahawa banyak minum air membantu untuk memperlihatkan kulit mereka bersinar, maka mereka akan memulakan hari mereka dengan meminum secawan air & percikkan air sejuk pada muka mereka selama beberapa minit. Selain itu, buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan benda yang paling penting dalam makanan mereka, jadi mereka ambil makanan dengan kurang natrium untuk mengekalkan penghidratan dalam badan mereka. 

Mencuci, 'toning' dan melembap yang kerapMereka mempunyai cara yang unik untuk menggunakan produk penjagaan kulit kerana mereka percaya ia akan menghasilkan keputusan yang lebih baik. 
Mencuci: pelakon Korea Selatan, Bae Suzy pernah mempromosikan teknik '424', di mana anda perlu membersihkan muka anda dengan minyak (kelapa, badam atau apa-apa minyak pembersihan) selama 4 minit, kemudian diikuti dengan pembersih berbuih selama 2 minit dan seterusnya bilas muka anda selama 4 minit. Mulakan dengan air suam dan akhiri dengan air sejuk untuk menutup semua liang dibuka. 
'Toning': Mereka lebih suka memanfaatkan toner dengan menggunakan hujung jari untuk penyerapan yang lebih baik. 

Pelembapan: Dengan menggosok kedua tangan bersama, kemudian letakkan ke seluruh muka dengan cara yang 'T'. 

Pek atau topeng mukaPek atau topeng muka di Korea diperbuat daripada bahan-bahan yang telah dicuba & diuji sejak keturunan nenek moyang mereka. Rutin menggunakan dua topeng iaitu topeng pembersihan dan topeng penyegaran pada masa yang sama sekali seminggu membantu mengurangkan bengkak pada muka. Di samping itu, penggunaan topeng yang terdiri daripada serbuk kepompong ulat sutera dipanggil 'baekgangjam' bantu dalam memutihkan kulit. Jika tidak mahu membazir duit membeli pek yang telah siap, mereka juga membuat topeng buatan sendiri daripada putih telur dan campuran madu.

Penjagaan leherPelakon Go Hyun Jung memakai krim pada leher dari rahang sehingga ke leher paras kolar seperti yang dinyatakan olehnya dalam buku untuk menjadikannya lebih efektif. 

Tidur cukup untuk tampil cantikMereka kebanyakannya mengamalkan tidur yang cukup sekurang-kurangnya 6 atau 8 jam kerana masa tidur penting untuk kulit yang sihat. 

Produk penjagaan kulitJenama Asia semakin popular hari ini di seluruh dunia kerana ciri-ciri yang baik dan keberkesanannya. Sesetengah wanita di Korea Selatan menggunakan kira-kira 10-20 produk setiap hari untuk penjagaan kulit mereka. 

Senaman regangan mukaIni adalah amalan biasa di kalangan para pelakon Korea Selatan, di mana mereka akan mengulangi 'Ma Me Mi Mo Mu' sebanyak 10 kali untuk penjagaan otot bibir & pipi. Di samping itu, regangan otot muka selaras dengan pernafasan juga disyorkan. 

Solekan yang halus dan tidak ketara• Mata hanya diminimum dengan corak warna yang lembut atas kelopak mata, serta gunakan 'eyeliner'. 
• Gunakan maskara untuk bulu mata yang lebih hitam. 
• Bulu kening tersusun rapi dengan gel kening. 
• Pemerah pipi berwarna merah jambu untuk menaikkan seri pipi. 
• Warna asli untuk bibir yang menggoda. 

Ingat, rahsia kecantikan wanita di Korea Selatan yang paling penting ialah kurang solekan dan lebihkan penjagaan kulit.

Al-fatihah untuk mangsa lemas yang sudah di temui....

Assalamualaikum.....

hope uolls... sihat n lebih baik dari semalam ok..... ni saya nak sambung cerita pasal budak lelaki yang lemas hari isnin lepas,  dah dijumpai petang semalam... alhamdulillah jumpa juga akhirnya... dikatakan budak ni seorang juruteknik berumur 25 tahun n dari bukit tangga jitra kedah n kalau nak lagi detail baca links kat bawah ni...

mayat-juruteknik-mada-ditemui-selepas-tiga-hari


kepada mangsa kita hadiahkan surah Al - fatihah amin......dan kepada keluarganya saya ucapkan takziah di atas apa yang berlaku... 

minionsku yang comel

Assalamualaikum....

ha terlupa lak nak cerita ,.,,, cerita ni dah basi kot.. saya ni boleh dikategorikan peminat minions juga la...macam budak2 kan? padahal dah tua kot.... hari 2 pegi dengan lieaya temankan dia beli barang kat one touch tapi sbb kan comey tgk minions 2 kite beli la satu letak dalam keta kiter hihi

giler kat minions ni sb tgk cite Dispicable Me 1 n 2 Best giler la bagi yang minat cite2 karton  macam saya ..ha start tgk citer ni la jadi giler kat minion...
hari 2 pegi popular cari buku Mr Arrogant 2 , ternampak la pendrife minions comey sangat.... tgu gaji jer la nak pg bli....huhu hujung2 bulan ni tau2 jer la kan.... ha ni la minions kiter yang kiter gantung kat keta kiter comey x? comey kan kak ton!!!!

sarapan aper pagi ni...

Assalamualaikum....

hai hai selamat pagi.. ha pagi la sangat kan? huhu ha hari ni uolls sarapan ape ek?
hari ni saya sampai paling lambat dari cik lieya von jay kiter hihi selalu dia la paling lambat hihi nah hari ni kiter lak... hurm alarm x bunyi2 hurm subuh pun kelam kabut tadi.. so pada uolls jangan la jadi macam saya ek lewat je kejenya...


ha ni nak tunjuk la sikit gambar sarapan pagi ni makan  nasi lemak seringgit je.. hihi sedap la juga ingat nak amik 2bungkus tadi tapi malu la kat pakcik yang jual 2 nanti dia cakap 'amboi budak ni badan kecik jer tapi makan  2 bungkus' x la pak cik 2 xkan cakap la mcm 2 orang niaga mesti suka kiter beli banyak kan? sendiri yang perasan kan? takut sangat kan orang mengata padahal tak da sapa nak mengata pun... ha uolls pulak sarapan aper pagi ni jom syer sama2

Wednesday 23 October 2013

masa berlalu tanpa disedari.....

assalamualaikum...

ha tup tap tup tap dah pukul 12.25tghri wah wah cepatnya mase berlalu x sangka lak cepat.. selalu kan kiter rase wednesday is a wordless wednesday kan?

tapi hari ni lain plak .. hihi myb sebab keje banyak kot sebab 2 mase berjalan dengan cepat kan?
sumber : en google

ha dah alang2 masuk time lunch ni dah pening dah x tau nak makan aper la pulak .. rasenya dah bosan la bila pikir nak makan aper .. ni pun boleh jadi isu jg ni.. padahal nak ngap jer kan?
 uolls nak lunch aper tghri ni? jom la pi makan ... meh saya belanja nak? ....


8 Pintu Murah Rezeki" ialah:-

Assalamualaikum..

Just untuk dikongsikan bersama .. 




1. Jangan Derhaka dengan Ibu Bapa.


2. Jangan Bergaduh dengan Saudara Mara.


3. “Tidak akan papa kedana orang yang pergi menunaikan haji..”


4. Sentiasa sembahyang sunat Dhuha

.
5. Jangan tidur selepas solat subuh.

sumber : google


6. Selalu baca doa Al-Waqiah.


7. Rezeki ada dalam perkahwinan.


8. Rezeki ada pada anak “Semasa bayi itu lahir, 4 perkara ditetapkan antaranya ialah rezeki dan rezeki anak itu juga akan turun kepada ibu bapanya..


Meja Berselerak lebih Kreatif? kreatif kah..?

Assalamualaikum.....
ha tadi saya buka fb saya n my bro ade syer bnda ni kat fb dier so saya copy jer malas dah nak menaip keje pun melambak kat atas meja hihi boleh dikatakan sama la keadaan dengan tajuk entri ni hihi 
so apa pendapat uolls ? uolls rase kreatif ke pemilik meja yang berselerak ni?  meja saya berselerak time hujung2 bulan jer yer la nak closed acc kan? mahu x berselerak... ha ha padahal rasenya hari2 meja bertimbun dengan kerja..  huhu    so ape pendapat uolls...baca jer artikel 2 then komen hihi saya malas nak menaip panjang2...  







Typographical error/kesalahan menaip

Assalamualaikum...

hai... hari ini cuaca alhamdulillah cerah... :) hope uolls semua dalam keadaan baik..
pagi tadi saja la pg tukar siaran nak dengar hot fm, selalu dengar hitzfm ntah mcm mana nak ubah angin n tiba2 kat hotfm ada cerita mengenai Typographical error/kesalahan menaip. ha saya memang salah seorang pun yang tergolong dalam golongan salah menaip... tersenyum sendiri lak tadi ... try call tapi x dapat nak tembus pun stesyen radio tu.. kalau x boleh la kongsi satu malaysia kot.. hihi boleh la glamour kejap kan? gedikks lak kan?

tak tahu la bagi uolls kan,  tapi saya memang boleh dikatakan selalu la salah menaip.. nak tulis benda yang remeh pun kadang2 tertulis bnda lain.. contoh nak type  selalu tapi pegi type  selalau hihi lawak kan? konon2 nak type cepat la padahal kemut jg menaip.. bila pakai smartphone  ni sure la akan tersilap type,, kadang2 tu nak type sya(saya) shortform la konon dah tertaip syg haha amik kor.. kalau kat kawan yang kita rapat x per la boleh diaorang faham tapi kalau kat kawan yang biasa2 jer mahu melopong matenya,,, nanti kata kiter perasaan suke kat dia lak .. n cepat2 la say sorry cakap silap type... huhu..susah juga kan kalau pakai smartphone ni..
sumber : en google 

Haa uolls pernah x terjadi macam saya ha? jom la kongsi mana tau ayat uolls lagi pelik or lagi lawak ke? macam kat hot chat td dia msg bapa dia suruh beli s`pan (sarapan) tapi bapa dia kan x faham shortform bapa dia pegi beli span ha amik makan la span 2 kan? hihi .. lawak gak bila kita tersilap type ni...







Tuesday 22 October 2013

risau lagi.........

assalamualaikum,,,,

perasaan tak sedap hati tetap lagi ada, hurm dari petang tadi ujan masih lagi turun x henti2...
berita lak asyik melaporkn banjir sana-sini.. Ya Allah risau la ...

sekarang saya duk tgu jer tgk air,,,, hihi giler ker aper kan duk tgk air? mahu juling mata duk tengok air jer... hurm x la saya tgu tgk  berita kat tv or dari  mak2 sedara la bagitau banjir ker x...

tadi g pasar malam pun abang yang selalu saya beli nasi goreng tu dah tanya 'dik kawasan umah dik dah banjir ke belum? saya jawab la 'x lagi la setakat hari ni... besok2 x tau la bang...' huh memang saya dah risau giler ...  ni dok standby je ni....

hurm tapi time lalu balik keje tadi air kat sungai tu tgk makin surut bukan makin melimpah... huh ya Allah mitak2 la x  hujan secara berterusan.....
sumber : en google

sory ek uolls hari ni sehari duk cerita pasal banjir jer... yer la  kawasan saya tinggal berdekatan dengan sungai... tu  yang risau giler ni...hhuh.... yang ada pengalaman mungkin faham.... situasi saya hurmmmm

Hujan oh hujan.....

Assalamualaikum....

Minggu ni boleh dikatakan hujan jer memanjang... bukan x reti nak bersyukur,  syukur sangat, hujan ke panas ke,  tetapbersyukur. tapi macam saya yang tinggal kat kawasan yang senang dinaiki air memang takut sangat dengan hujan... hari tu balik jer dari k.l tup2 buka jer pintu umah nah habis kat kawasan ruang tamu tu basah dengan air habis karpet kat depan tu mana dengan demam x baik lagi balik2 dah kena bersihkan umah pula dugaan dugaan....

ni hari ni ujan lak kat ofice (perlis) mintak2 kat umah (kedah) x ujan ... hurm habis la barang2 kalau ujan lebat x henti2 sure air akan masuk la... n teruk la saya nak kena  mop lantai lagi...bukan nak baik demam ni tapi nak demam teruk balik ni... nak buat keje pun x tenang ni duk pikir ujan lebat ke? air naik ke? skang ni musim banjir .. tgk kat tv kulim , bagan serai dah mula banjir huhu rasa takut lak... bila banjir nak kena pindah huhu x lalu la nak pindah2 saya ada bela kucing,  dah la kucing saya baru lepas melahirkan anak hurmmm kesian lak kalau di takdirrkan banjir nak kena tinggal la kucing saya....nanti orang curi lak.. :(
dah kucing saya tu manja n faham cakap saya (faham la sangat kan?) susah nak cari kucing yang boleh faham kiter cakap ni...hihi...

hope x banjir la kali ni ... hujan hari hari x pe janji x banjir....bila banjir segala urusan tertangguh...yer la nak pegi keja pun susah sebab banyak jalan di tutup if berlaku banjir... elektrik terpaksa diputuskan ... air pun ditutup....so nak berblogging pun susah la... kesitu lak kan? x la nak buat ape pun susah la bila banjir... diri sendiri pun x berapa nak terurus la.. hiihi yer catuan air mandi pun kena ada had.. ni pengalaman masa tahun 2010 punyer banjir besar... memang catu giler2 air... geli kot mandi pun x puas... memang seksa la... harap sangat tahun ni x jadi macam tahun 2010...kita hanya berdoa Tuhan yang menentukan.....apepun saya terima  Amin.....

sumber : en google

Parking Penuh Tapi !!!!!!!!!!!!!!!!!!

salam tengahari...

ha nak cerita sikit pasal parking ni... ha ha tetiba jer kan? bukan ape kemarin saya kuar kejap semata2 nak cari juga novel 'love you mr arrogant' nak juga la ...
kononnya nak tgk beza ke x yang kat tv dengan kat novel.. hihi...(sure la ade beza sikit)

ok ok back to the story k.. mulanya pg makan kat a.s mall memang sah2 la ada parking kan? tapi kesian kat dalam 2 x da kedai buku so aper lagi patah balik pegi ke bagunan utc ( city plaza) la..ha dengar nama utc kot huhu padahal parking huh susah ya amat nak dapat...

rasanya parking 2 dia buat untuk staff utc n n staff city plaza kot? hai jenuh pusing2 sampai kat atas tu pun x da ... hurmm aper lagi saya turun la blik dengan harapan ade parking sebab novel punye pasal... hurm turun la dari setingkat ke setingkat tup2 ha tada ada pun kat tepi je... aper lagi pegi la parking.. kalau x jangan harap... 2 kira nasib la saya dapat parking... hurm selalu pegi situ x penah nak ade parking...hurm bukan la nak complain ke aper kalau parking habis tulis la 'full parking' so orang tak yah masuk duk memusing kat dalam 2,ni x pak guard yang ader 2 duk melepak n bersembang buat bodo jer ... huh geram la... aper guna dier gajikan pak guard kat situ... hurmmm
sumber : en google

kalau x nak tulis at least cakap la 'dik/ kak or ape la- parking kat sini dah habis cer try naik atas lak' x salah kot nak cakap macam 2 kan? ni tgk jer org yang duk pusing cari parking... huhu... nasib baik angin saya baik kemarin hihi kalau x (mcm berani hihi )....so aper guna nya pak  guard kat atas tu? hurmmm

Malang tidak berbau.....

Assalamualikum.....

hai semua ha dia mai dah... hihi fell good today... n mood happy je hari ni... tapi cerita yang saya nak kongsi ni sedih gak la.benda ni terjadi semalam,  orang yang excident  kat kawasan saya juga la ( sebab daerah yang sama hihi)  x jumpa2 lagi...excident ni terjadi sebab nak elak keta lain tapi diaorang lak yang terbabas masuk ke dalam sungai.. wallahualam.....

ceritanya macam ni ha.. mai cik nak cita nah.. pagi tadi sebelum datang kerja singgah la dulu umah mak sedara nak tgk dia , demam katanya bawala makanan sekali n saya pun bekfast la kat umah dia ,,, bila lama x jumpa macam2 la citer nak diceritakan kat saya n tiba2 kuar citer orang yang excident semalam yang jatuh dalam sungai x jumpa2 lagi , kesian kat dia.. dengar kata 2 orang, yang dah selamat tu dah lame la keje katanya keje dengan MADA , tak pasti la saya , n yang seorang lagi baru masuk kejer n belum berkahwin hurm dan belum lagi jumpa sampai pagi ni..n dia pun x pandai berenang.., mereka ni nak pegi meronda kawasan yang dikhuartirkan banjir tapi malang lak tak berbau..

 itu apa yang mak sedara n bapa sedara saya citer la.n  bila sampai kat ofis kakak yang satu pejabat pun dengar gak citer ni... hurm . apepun kepada sesapa yang memandu 2 berhati hati... la.. nak nak sekarang musim hujan jalan licin.. benda macam ni  kita x tau kan? memang ajal maut di tangan Tuhan tapi ini peringatan saja..N. kepada saya juga yang banyak guna jalan yang ada sungai besar..huhu menakutkan kan? dah la saya x pandai  swim... hurmmm cian kan dah tua pun x pandai swim... :)
sumber : google...
(gambar sekadar hiasan...)


apepun the moral of the story berhati2 la memandu k... kepada penumpang yang belum ditemui lagi semoga Allah memberi pentunjuk kepada anggota penyelamat  supaya mudah mencari... Amin...

Monday 21 October 2013

bila orang kurang adap memandu di jalan....

Assalamualaikum...

lame kan saya menyepi... :) (Ader ker org kisah? huhu perasan kan?) Cuti raya pluss cuti sakit... 2 yang lama... mak sakit saya pun sakit..hihi ..Alhamdullilah hari ni dah ok sikit back to work....

Ha hari ni nak kongsi sikit la tentang sikap kita di jalan raya .. bukan apa saya cakap melalui pengalaman .
kat mana2 pun mesti ade orang yang kurang ajar kat jalan raya kan? N rasa diri hebat.... wah wah...

hari raya ke 3  hari tu saya kat  k.l  lagi  n malam 2 tergerak lak hati  nak g pasar malam kat jalan kuching, n saya pun ngan anak2 sedara kuar la nak g membeli belah la konon , hurm dalam duk seronok2 memandu tetiba jer ade keta main masuk jer depan keta saya  tanpa bagi ape2 isyarat ... huh memang 'kurang adap' kan pemandu 2... nasib bk la saya ni  sabar n bagi juga ruang untuk dia , kalau org lain mungkin x bagi kot ...

 ok kepada pemandu2 lelaki atau perempuan ke tolong la bila nak masuk ke kiri ke kanan ke bagi la isyarat terlebih dahulu sebelum membelok jangan main hentam masuk jer... buat nya yang di belakang pun laju ha kan jadi kemalangan...

saya menegur untuk diri saya juga , kadang2 kita pun lalai juga kan? tepuk dada tanya hati... (pernah ke aku buat macam 2 ek)

Saturday 12 October 2013

Duit Atau Cinta MAna Lagi Penting?

Assalamualaikum....

Sejahteralah keatas kamu bagi yang membaca blog saya.....

Antara Duit Dan Cinta yang mana lagi penting? Agak2  u alls kan mana yang u alls pilih? duit atau cinta?? Masa ada duit dan cinta sekaligus maka hidup akan bahagia kan? if kita dapat kedua2nya la...Tapi bila kita diminta untuk memilih antara duit dan cinta ramai antara kita yang terjebak dengan pilihan sendiri kan?

Mana yang lebih penting ? duit atau cinta? Zaman sekarang ni nak masuk toilet pun 30sen kot so kalau tak da duit tak da la cinta . Itulah hakikat yang perlu diterima betul tak?  Zaman dah modern n skang bukan setakat "u cakap i love u ikhlas ni" mana cukup.. setakat cakap boleh bagi makan ke? 

Kenapa ramai orang berpendapat duit lebih penting dari cinta? Ok for me dua2 penting, kenapa saya cakap dua2 penting? Cube u alls tengok kalau u alls dah bercouple for sure lah nak kuar dating kan? so nak kuar dating pun mesti nak pakai duit kan? xkan sekadar kuar jalan2 je mesti nak makan or tgk movie kan? Ha dah nampak ke? kat sini pun duit 2 memainkan peranan yang penting kan? hihi... Then bila u ualls bercinta mesti cinta 2 semakin berkembang setaman kan? dah nak masuk meminang pulak ... duit lagi kan... dah bertunang nak kahwin pula ha kat sini lagi la nak pakai banyak duit kan? nak nak u alls dapat gf yang giler glamour mcm retis nak pelamin bagai la nak hantaran yang grand2 yang branded2 la pulak ha mahu gugur rambut duk pikir duit kan? 

dah settle bab kahwin mesti la nak hidup sendiri kan yer la konon nak ade privacy la dah nak cari umah pulak dah untuk di sewa. Kan kena guna duit juga kan? Ha bila u alls dah kahwin sure punya la u alls nak ade anak pula kan? Xkan kahwin x nak anak ? Pelik kot!!! x nak jgn kahwin la....dah ade anak lagi la banyak nak pakai duit kan? x payah la saya nak senaraikan..hihi pandai2 la u alls pkir . Bukan time hidup jer nak pakai duit ha nun nak mati nanti pun kena pakai banyak duit la...so jgn pikir nak seronok dengan cinta jer cinta blh bagi duit ke?  :) 

U alls nak tahu x kenapa ramai perempuan cantik kat luar sana banyak yang memilih  Dato, VVIP, Kerabat Diraja, n anak2 dato untuk di jadikan calon suami?ha  sebabnya senang la bila dia minta itu ini tunjuk je xpayah nak pikir banyak2 terus dapat... Handsome 2 belakang kira yang penting poket tebal jer boleh menjamin masa depan..tapi kalau ada duit ja cinta x da pun susah juga kan? cinta blh di pupuk even u x kenal u`r future husband, itu semua blh jer bercinta selepas berkahwin kan?

Ni pendapat saya jer n bagi ualls semua terpulang la mana yang u alls rasa lebih penting Duit Atau Cinta? Tepuk dada tanya la hati... :)