Assalamualaikum...
salam jumaat semua... hmmm hari ni nak mengarang pun kena amik masa huhu ... idea dah kering ni... tapi hari ni terasa lak nak menulis tentang stress di kalangan kita... ha haa ha ade ke org yang x alami stress?? ade budak2 n org yang x bpe 'sihat'... he he..
Jika kita mempunyai symptom-simptom stress kita bukanlah berseorangan di dunia ini
yang menghadapi masalah seperti ini. Apabila kita selalu mengalami stress/tekanan kita berkemungkinan besar akan mengalami sakit kepala, insomnia (tak
boleh tidur), keletihan, darah tinggi, dan berbagai jenis sakit yang
disebabkan stress. Contohnya apabila
kita diminta bercakap di khalayak ramai jika kita jadi gementar terutamanya
jika kita jarang sekali berbuat demikian.
Ini menjadi lebih teruk jika orang yang kita hadapi itu merupakan orang
yang asing bagi kita.
Sebenarnya
gaya hidup kita boleh menyebabkan kita sentiasa berada di dalam keadaan
stress. Kebanyakan dari kita telah
dilatih semenjak kita kecil lagi untuk bertindak pada tahap yang
sebaik-baiknya. Bila kita tidak mencapai
apa yang diharapkan maka kita akan kecewa.
Semua ini mendatangkan tekanan kepada kita. Contohnya apabila kita teringat tugasan yang
diberikan kepada kita oleh bos kita bila kita bangun pagi kita akan merasa
sengal-sengal badan. Jika usaha-usaha kita pada hari itu menghadapi kesulitan
(umpamanya kita gagal menyiapkan tugusan tersebut ) ketegangan kepada otot-otot
kita akan menjadi lebih ketara.
Perkara
yang penting bagi kita lakukan ialah untuk menguruskan diri kita secara
efisen. Pada asasnya sebahagian besar
dari kita (pelajar) terpaksa hidup
berdikari dan kegagalan untuk menguruskan
kehidupan harian adalah punca utama stress. Menangguh
kerja, kekurangan wang, konflik dengan sabahat/kekasih, masalah kekeluargaan
dan berbagai lagi situasi adalah perkara-perkara yang biasa kita hadapi. Kejayaan kita menguruskan perkara-perkara ini dengan baik
akan menentukan tahap stress kita. Dengan perkataan lain bagaimana kita
menguruskan tekanan adalah cara utama untuk mengurangkan tahap stress yang kita
alami.
source picture : google |
Kunci
untuk menghadapi segala masalah ini adalah dengan mempelajari dan mempraktikkan
cara untuk relaks semasa kita menghadapi stress dalam kehidupan kita setiap
hari.
stress tu manusia yg wujudkan..hehehe...as long as pandai bhgi masa okay kot :)
ReplyDeleteyer la kita yang wujudkan pas 2 yang x da iman mula la jadi mcm2 hurm.. sampai kan bunuh diri pun ada ... so mintak kita semua di jauhkan la.... kan kan kan sally? :)
Deletehuwaa saya ada simtom2 tu..memang selalu stress sekarang..cepat rasa nak marah..cepat letih..mengantokk. kerap sakit kepala :(
ReplyDeletex pe janji masih blh pkr baik n buruk kan? jgn layan sgt k.. aya kena buang je sbb aya kan stdy lagi... x leh stress2 ni...
Deleteyang penting kita heppy ^_^
ReplyDeleteya happy happy selalu
ReplyDeleteyg penting byk tenangkan hati dgn berzikir..
ReplyDeletear ar kalau masih ada yang pkr kan cara 2? selalunya org x pkr sume 2 hurm... cian kan? pada yang amik jalan singkat untuk selesaikan stress
Deletestress ni lumrah kot =) smua orang psti kena..cuma cara nk tanganinya je mcm mn..kalau pndai, ok la..betol ke kalau orang prmpn stress je kluar jerawat??
ReplyDeletear ar betul 2 yang akak ler kalau stress giler sure kuar x mau2 jerawat huhu so jgn stress la kalau x nak bnyk jerewat... kdg2 duk pkr terlampau 2 yang jadi stress sgt ...
Delete