rectangular

Monday 21 April 2014

Penjagaan Bawah Lengan..... Khas Untuk Kaum HAWA...

Assalamualaikum semua... hope hari ini lebih baik dari hari semalam.. 
Tadi masa buka email kat yahoo ade terbaca artikel tentang Penjagaan Bawah lengan .. so hanis nak share la ngan uolls semua... jom baca mana berkesan....

 Ramai di luar sana terutamanya golongan wanita yang mengeluh apabila bercakap tentang isu bawah lengan gelap. 

Ini kerana perkara ini bukan sahaja membuatkan anda tidak yakin terhadap diri anda dan tidak selesa, malah ia juga mendatangkan perasaan malu yang tak terkata. 

Bawah lengan menjadi gelap disebabkan oleh beberapa faktor antaranya tidak berhati-hati ketika bercukur, mencabut, dan juga boleh disebabkan oleh kesan bahan kimia yang terkandung di dalam deodorant. 

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tips berguna untuk menjaga dan mengelak dari bawah lengan anda menjadi gelap. 

Perah sebiji limau dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di bawah ketiak sehingga rata dan biarkan selama 10-15 minit dan cuci sehingga bersih. Lakukan secara berkala 3 kali seminggu untuk mendapat kesan yang memuaskan. 

Buah betik mentah sememangnya kaya dengan vitamin C serta mengandungi bahan yang dapat mencerahkan kulit. Parut betik sehingga halus, dan letakkan pada kulit dan biarkan sekitar 15 minit. Seeloknya dilakukan selepas mandi ketika kulit masih segar dan bersih. 

Selain daripada betik muda, bengkuang juga berpotensi memutihkan ketiak. Menggunakan cara yang sama, parutkan bengkuang dan letakkan pada kulit dan dibiarkan seketika sebelum dibilas. 

Diharap dengan beberapa tips yang diberikan ini dapat membantu anda. Selamat mencuba!

Sumber EN yahoo...

Thursday 3 April 2014

`awi rafael bersyukur tinggalkan bekas kekasih.....

annyong....
as salam.....hai lama kan menghilang? ha ni nak gosip sikit pasal si awie rafeal... ha ni pun amik dari sumber yahoo.... jom baca....

Pemilik nama Muhammad Nabawi Gunawan atau lebih dikenali sebagai Awi Rafael, 28, enggan ambil pusing tentang kontroversi yang melanda bekas teman wanitanya, Hanez Suraya.
Pemilik nama Muhammad Nabawi Gunawan atau lebih dikenali sebagai Awi Rafael, 28, enggan ambil pusing tentang kontroversi yang melanda bekas teman wanitanya, Hanez Suraya.

Kata Awi, sejak perpisahannya dengan pelakon drama ‘Sedetik Cinta’ itu, dia tidak pernah lagi menghubungi Hanez walaupun hanya sebagai kawan.

“Saya sudah tak ada kena mengena lagi dengan Hanez. Apa yang berlaku pada dia tiada kaitan lagi dengan saya. Tetapi sebagai manusia, kita doakan saja yang terbaik untuk dia. Kalau saya sendiri yang berdepan dengan kontroversi sebegitu, saya juga akan sedih,” kata Awi menegaskan dia bersyukur mengikut kata hatinya untuk memutuskan hubungan dengan Hanez.

“Banyak yang saya belajar selepas berpisah dengan Hanez. Antaranya, saya belajar untuk percaya dan mendengar kata hati saya. Saya rasa saya tak boleh teruskan hubungan dengan dia dan saya gembira saya mengikut gerak hati saya,” katanya.
Dalam masa yang sama, Awi turut menepis dakwaan yang mengatakan lagu kolaborasinya dengan Altimet berjudul ‘Kalau Aku Kaya’ ditujukan kepada Hanez.

“Lagu itu tak ditujukan kepada sesiapa. Ia merupakan sebuah lagu masyarakat. Lagipun ia ditulis oleh Omar K dan Audi Mok. Mungkin kerana saya seorang penulis, orang selalu salah anggap lagu yang saya tulis ditujukan kepada seseorang,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Awi bakal tampil dalam persembahan sempena meraikan Minggu Setiausaha di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 17 April depan disamping diva pop Indonesia, Krisdayanti.

Kongsi Awi, dia bakal menyanyikan beberapa buah lagu popularnya seperti ‘Pulanglah’, ‘Asalkan Aku OK’ dan ‘Kalau Aku Kaya’, serta sebuah lagu yang didedikasikan khas buat tragedi MH370 berjudul ‘Jangan Takut’.

Selain itu, Awi juga sedang sibuk merakamkan lagu untuk beberapa artis seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Alif Aziz dan Syura.

sumber yahoo.....

Sunday 2 February 2014

personaliti tv3 sah bercerai...

Assalamualaikum..
annyong tadi baca artikel kat sinar terbaca artikel tentang personaliti tv3 yang cantik dan berkulit hitam manis tu... dah bercerai hurm ingat diorang dah berbaik rupanya tak dapat nak diselamatkan juga,,, kesian pula dengan fiza apapan jodoh ajal dan maut Allah yang tentukan ... kepada fiza bersabar la... mungkin ada hikmah disebalik semua yang terjadi...

PERSONALITI TV3, Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan, 32, sah bercerai talak satu dengan ahli perniagaan, Afief Farhan Fauzi, 33.

Keputusan itu dibuat selepas mereka bersetuju untuk berpisah secara baik di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

Hakim Syarie, Zainal Abidin Kusmin meluluskan penceraian pasangan tersebut setelah meneliti dokumen perjanjian kedua-dua pihak sebelum membenarkan Afief Farhan melafazkan cerai talak satu ke atas Hasfizza.
SUMBER DARI SINAR HARIAN...

perasaan di tempat baru....

hai... assalamualaikum semua...annyong....
hope u alls sihat hendaknya..
lama kan hannis x menulis kat belog hannis ... ha hari ni tetiba nak menulis ... menulis tentang tempat kerja baru hihi... anyway tempat lama lagi best la....wei lieaya abdul jalil rindu la kat hampa n kak nurul...

source: by google

kat cini letih la semua nak kena handle ... betul macam yang saya pernah tulis sebelum ni  gaji atau pangkat mana yang lebih penting ?

i think dua2 tu memenatkan .. memang duit penting tapi bila gaji tinggi kerja pun banyak sampai semua nak kena buat, tempat lama dulu boleh gak rileks now letih hoi....so pada yang belum dapat kerja atau masih mencari fikir2 la.. hihi apapn selamat bercuti cini kl cti panjang hehe start jumaat sampai isnin....