rectangular

Saturday 30 November 2013

CIRI-CIRI SUAMI YANG SWEET DAN ROMANTIK


Assalamualaikum

Ha ada tak sesape yang rasa dia bakal jadi suami yang romatik? so sweet kan... jom tgk list kat bawah ni....


CIRI-CIRI SUAMI YANG SWEET DAN ROMANTIK

1. Call isteri time waktu keje sebab nak cakap rindu.
2. Peluk isteri secara tiba-tiba.
3. Puji isteri cantik.
4. Bergurau senda dengan isteri time baru balik keje.
5. Kemas rumah atau masak bersama isteri kat dapur.
6. Urut bahu atau picit kepala isteri dengan sukarela time tengah santai-santai duduk kat sofa sambil tengok TV
7. Tolak stroller baby atau dukung anak time shopping bersama isteri.
8. Berada disisi isteri time isteri melahirkan anak.
9. Sanggup bangun pagi dan masak breakfast untuk isteri.
10. Belanja isteri pergi shopping sakan dengan ikhlas dan gembira.
11. Bagi hadiah atau bunga kat isteri walaupun bukan pada harianniversary ataupun birthday.
12. Dengar luahan isteri time isteri tengah sedih akibat PMS sambil bagi kata-kata semangat.
13. Rajin solat berjemaah bersama isteri dan cenderung mengajak isteri lebih dekat dengan Allah.
14. Buat candle light dinner secara mengejut

Friday 22 November 2013

Jadi tumpuan? siapa?

Assalamualaikum...

Ha nak tanya uolls ni.. pernah tak uolls melalui situasi macam ni
'pergi kat kedai kopi n bila sampai jer kat kedai tu automatik semua mata tertumpu pada kita?'

ha ini la situasi yang saya lalui beberapa hari yang lepas.. oit dah basi kot cerita ni.. ha ah dah basi tapi nak juga cerita kat uolls hihi

bukan nak kata saya ni galak ke gatal ke merenyam ke tak lah , disebabkan sepanjang perjalanan nak ke pejabat tu semua gerai nasi lemak yang saya suka tidak buka so tepaksa beli kat kedai kopi depan ofice tu..

nak tak nak kena beli kalau tak memang gastrik akan melanda... ok back to the story k.. masa sampai ofice duk fikir 50/50 nak pegi ke tak n keputusannya kena pegi..ok tak pe la memang pegi la kalau x  x da la nak cerita kan?

ha dah sampai kat kedai kopi tu hanya saya seorang 'bunganya' lain semua kumbang so tahu tahulah la kan maksudnya .. semua mata tertumpu ke arah saya ... wah time tu tepikir dalam hati 'cepat2 la pak cik ni amik duit aku, cepat sikit aku berambus dari mata2 kumbang ni' mak ai diaorang tengok saya macam nak telan saya kot.... huhu sebelum ni selalu gak ajak lieya temankan tapi segan la kerap2 dok ajak sat g marah lak cik lieya kiter (x gitu cik lieya?)... hee.. tak lah x syok la kan dok ajak org teman selalu kalau beli sama  x pe la..

nak pg tempat lain jauh dari ofc sampai ofc pun ngam2 je so nak x nak kat depan tu la jawapnya...ha so uolls pernah tak singgah kedai kopi? hurm kalau x sebabkan nak makan x la saya beli pun segan kot laki semua...

Laman Sosial Tempat untuk menegur isteri? Apakah????

Assalamualaikum...

Mengucap juga tadi bila  terbaca tentang artikel Suami memaki isteri di dalam Akaun Facebook....
Wah sekarang ni media sosial menjadi semakin teruk.. ya bukan semua media sosial itu buruk... tapi baik atau buruk sesuatu media sosial itu tergantung kepada si pemilik itu sendiri betul tak?

Hurm kadang2 media sosial atau apa2 saja bentuk aplikasi sekarang ni ada baik dan ada juga buruknya... Kepada wanita yang sudah berkeluarga perlulah membataskan had masa terhadap sesuatu media sosial atau aplikasi terbaru. Bukan apa kadang2 kita terlalu asyik dengan hiburan hingga terlupa tanggungjawab kita terhadap keluarga , contohnya sebagai seorang isteri yang sepenuh masa dirumah,  perlulah  menyiapkan terlebih dahulu keperluan suami dan anak2 . Supaya tidak la terjadi macam kes di  facebook tadi yang sisuami memaki isteri dengan perkataan  'sial' di khalayak umum hanya  disebabkan hal rumah tangga.
sumber : google

Sepatutnya hal rumahtangga seeloknya dibincangkan bersama2 bukan dengan menceritakan keburukan isteri kepada umum even isteri tersebut bersalah .Melalui apa yang saya nampak Pemilik akaun fb ialah seorang yang mungkin beragama islam (itupun saya tgk melalui nama dia) so dalam islam sendiri tidak menganjurkan bercerita hal rumah tangga secara umum apatah lagi membuka aib pasangan.

Sepatutnya sebagai suami atau ketua keluarga masalah ini boleh diselesaikan tanpa memalukan siisteri dan Sebagai suami juga perlulah pandai mengawal kemarahannya.So ni nak kategorikan suami ini sebagai apa ? hurm sebab itu dalam islam Agama itu diletakkan sebagai number satu sebab kurang iman la benda kecik pun menjadi isu. Wallahualam.....

Masa Senang Ramai Kawan, Tapi Masa Susah...... huh....

Assalamualaikum....

Salam jumaat semua... hope semua sihat n hari ini lebih baik dari hari semalam insha Allah.....ha hari ni tetiba ja rasa nak menulis tentang 'masa senang ramainya kawan tapi masa susah batang hidung pun xnampak' ...

Tajuk ni saya tak merujuk pada sesiapa pun ini saya tulis secara umum dan tidak juga menunding kepada sesiapa tapi kalau yang terbaca entri ni dia ada makan cili padi mungkin la dia rasa pedas sikit :). Saya tulis ni pun sekadar renungan untuk kita bersama...

Tipu la kalau hidup kita tidak ada kawan yang 'jenis ni' , kat mana2 pun ada orang jenis ni. Kawan jenis ni boleh dikategorikan dalam golongan orang2  yang negatif , ha kenapa saya kata mereka ni negatif? Sebabnya mereka ini mempunyai satu sikap iaitu sikap suka mengambil kesempatan keatas diri kita diwaktu kita senang. Bila senang 'ramai kawan yang mengaku 'kawan' oh pantang diajak semua on tapi bila kita susah ha batang hidung pun susah nak nampak kan?
sumber gambar : en google

Ini la sikap 'kawan' skang waktu senang  sahaja ada dekat dengan kita .Saya kadang2 terasa pelik kenapa masih lagi wujud orang yang sebegini? Bila kita susah n cuba meminta bantuan kadang2 respons yang diterima lambat or myb lansung x da respons . Sama macam pepatah melayu  yang menyebut 'habis madu sepah dibuang' betul tak? yer la dah x da nak diberi kawan pun hilang la....

Kepada 'kawan' yang ada sikap sebegini tolonglah , tolong ubah perangai anda , kita tidak tahu mungkin hari ni benda ini  terjadi pada kawan kita tapi sebaliknya mungkin akan terjadi pada diri kita sendiri.. Takkan bila diri kita ditimpa kesusahan time tu baru nak terhegeh nak 'mengaku kawan'? please.... fikirlah...kepada sesiapa yang terasa itu  sekali lagi saya mohon maaf saya tidak berniat untuk mengata sesiapa.....


Thursday 21 November 2013

Makanan yang membuatkan anda nampak letih...

Assalamualaikum

Dengan kehidupan seharian yang sibuk dan hari yang panjang, u olls mesti berasa sangat letih di penghujung hari. Nak tau kenapa? semua ni terjadi disebabkan oleh pemakanan yang kita makan... Jika uolls (perempuan)  masih  kelihatan letih walaupun sudah 4 inci solekan di muka, ini mungkin berpunca daripada makanan yang kita makan . Ayuh semak senarai di bawah iaitu makanan yang membuatkan anda nampak letih.(source info  from yahoo) 

Garam 




Walaupun garam merupakan makanan wajib setiap hari, tetapi kandungan garam yang berlebihan boleh membuatkan kulit muka anda menjadi kering dan membuatkan seri muka anda agak tenggelam. Pilih alternatif natrium lain atau kurangkan pengambilan garam ialah jalan penyelesaiannya. 

Pemanis tiruan

 
Gula biasa boleh menggalakkan keradangan tetapi pemanis tiruan boleh menjadi lebih teruk jika tidak di kawal. Jika tidak, ia akan membuatkan wajah anda seakan membengkak. Pemanis tiruan mengandungi aspartame yang boleh mengakibatkan sakit sendi dan boleh membuatkan anda ketagih dengan gula atau minuman/makanan manis. Seelokknya, pilih gula semula jadi daripada buah-buahan atau sayur-sayuran. 

Makanan bergoreng 


Makanan bergoreng adalah musuh ketat anda! Makanan yang bergoreng penuh dengan minyak dan lemak yang bermakna ia akan membuatkan arteri kulit anda tersumbat dan mengeraskan sel-sel darah sekitar wajah. Hasilnya, kulit anda kelihatan kusam dan letih. 

Makanan pedas 

source pic google

Makanan pedas memang baik untuk metabolisma, tetapi tidak sesuai untuk kulit muka. Makanan pedas membolehkan kulit anda menjadi gatal-gatal dan kulit anda akan menjadi tidak sekata dan nampak sedikit lebih tua dari usia.

Makanan yang baik & buruk untuk dimakan sebelum tidur

Assalamualaikum...


hari ni rasa malas nak menulis just nak share je ape yang saya baca tentang makanan baik dan makanan buruk yang dimakan sebelum tidur , sebelum ni saya sendiri pun x tau now dah baca tambah la sikit info...... source from yahoo 

Ceri ✓


Antara makanan yang terbaik untuk di makan sebelum tidur untuk mengurangkan berat badan adalah ceri. Ia adalah salah satu daripada makanan semulajadi yang mengandungi melatonin yang mana membantu mengawal 'masa badan'. Ceri, buah yang manis dan segar, dan jika anda mengalami insomnia, sangatlah disyorkan untuk minum jus ceri kerana ia mungkin dapat memperbaiki keadaan anda. 

Susu ✓


Anda mungkin mempunyai kenangan di mana ibu atau nenek memberikan anda segelas susu panas sebelum waktu tidur. Ya, satu fakta yang anda perlu tahu bahawa susu mengandungi 'tryptophan', sejenis asid amino yang merupakan pelopor serotonin. 

Beras 'Jasmine' ✓Apakah makanan yang terbaik untuk dimakan sebelum tidur? Nah, inilah jawapannya; beras 'jasmine'. Badan anda akan mencernanya perlahan-lahan, dan akan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam saluran darah . 

Bijirin ✓


Bijirin adalah satu makanan yang baik untuk dimakan sebelum tidur untuk mengawal berat badan. Ia mengandungi karbohidrat yang baik untuk badan anda. Anda boleh mencuba bijirin yang berasaskan gandum, quinoa atau barli, dan campurkan mereka dengan susu untuk snek ringan pada waktu malam. 

Pisang ✓

source pic by google

Pisang juga bagus untuk dimakan sebelum tidur. Ini kerana pisang mengandungi magnesium dan potassium yang akan membantu merehatkan otot. Tambahan lagi, potassium. Kita perlu kalium untuk kesihatan kardiovaskular dan fungsi kognitif. 

Sudah tentu, kita tidak harus lupa tentang makanan yang lebih baik anda akan elakkan sebelum tidur seperti berikut: 

Pasta ✗Ya, pasta. Walaupun ia merupakan makanan yang sangat lazat dan cepat untuk disediakan sebelum tidur, tetapi sudah pasti ia bukan makanan yang ideal untuk dimakan pada waktu malam. Elakkan untuk memakan pasta sebelum tidur kerana ia boleh menaikkan berat anda. Anda juga perlu tahu bahawa pasta turut mempunyai indeks glisemik tinggi, yang bermakna bahawa ia akan melambatkan tidur anda, mengacau keseimbangan tahap gula dalam darah anda dan mungkin akan menyebabkan anda bangun pada tengah malam. 

Ais krim ✗Kadang-kadang, anda akan mengidamkan semangkuk besar ais krim yang lazat. Nah, seharusnya anda perlu berfikir dua kali sebelum membuka peti ais, kerana ais krim sangat sarat dengan lemak. Gula yang terkandung dalam ais krim akan memberikan badan anda tenaga yang agak banyak, sekali gus melambatkan tidur lalu menjadikannya sebagai lemak. Selain itu, ia telah mendapati bahawa pengambilan makanan gula yang tinggi boleh menyebabkan mimpi buruk , jadi, walaupun rasa mungkin memberi anda keselesaan, keputusan tidak sihat pada semua. 

Saderi ✗Saderi merupakan bahan diuretik semulajadi yang akan membuatkan anda berulang-alik ke bilik air pada waktu malam. Sudah tentu, anda perlu makan sayur-sayuran kerana mereka kaya dengan nutrien, walau bagaimanapun, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan yang menyebabkan kesan diuretik, seperti saderi. 

Coklat gelap ✗Senario tipikal di mana anda duduk di depan TV dan anda akan mula mengidam untuk makan coklat. Tidak dapat disangkal lagi bahawa coklat gelap amat lazat, tetapi ia mengandungi kafein yang mungkin akan mengganggu tidur anda. Selain itu, coklat gelap juga mempunyai perangsang seperti theobromine yang mana akan membuatkan jantung anda berdegup laju kadang-kala. 

Piza ✗Anda harus berfikir dua kali sebelum membuat pesanan beberapa piza sebelum tidur kerana perut anda, serta seluruh badan anda, perlu berehat sebelum tidur dan sudah semestinya piza bukan makanan ringan sama sekali. Sos tomato mempunyai tahap keasidan yang tinggi, satu lagi pemangkin untuk refluks asid. Anda disyorkan untuk mengelakkan piza supaya tidur anda tidak akan terganggu

Thursday 14 November 2013

Perhatian...*Bila lelaki Cakap......*

Assalamualaikum.....

ha ni nak cite sikit pasal lelaki ni... betul ke lelaki macam ni perangai dia? betul ke  x wallahualam la hanya insan yang bergelar lelaki saja  yang tahu... betul tak uolls guy ?




Bila Lelaki Cakap:


*Saya tak kisah pun awak nak kawan dengan dia : 

its mean : kalau kor nak mati, kau kawan la dengan dia...

*Dah la saya tak da mood nak sembang/ text ngan awak

its mean: Pujuklah saya saya touching ngan awak ni...

*Dah lama kita tak jumpa kan, awak asyik sibuk je kebelakangan ni

its mean: Datanglah jumpa saya , saya rindu sangat2 dekat awak....

*Saya tak suka awak kawan ngan lelaki tu.

its means: Kau faham tak aku tak suka kau kawan ngan mana2 lelaki, aku cemburu tau tak.

*Awak mak saya selalu tanya pasal awak

Its mean: jomlah kenal2 dengan family saya

*Tinggalkan saya, Saya nak bersendirian..

Its mean: Janganlah pergi pujuklah saya

*Tengok ni cantik kan perempuan tu...

Its mean: Awak saya cuma nak tgk awak jelouse ke tak

*Janganlah risau , saya tak apa2

Its mean: Tolonglah risau saya perlukan sokongan awak...

*Saya tgk awak dah semakin sibuk kan sekarang...

Its mean: Kau tahu tak kau dah abaikan aku....

*Saya rela undur diri demi awak dan dia

Its mean: Sampai hati awak kenapa pilih dia?

Lelaki memang macam ni ke? lelaki memang suka tipu diri sendiri ke? Kenapa lelaki suka memendam sesuatu yang dia rasa? 


Shopping Kat Zalora Memuaskan hati.......

Assalamualaikum...

Ha nak citer sikit pasal shopping online ni... jeng jeng hari tu saya ada bli barang kat zalora n yang tolong uruskan semua adalah cik lieya kiter la...Shopping kat zalora ni best gak , betul la kata lieya hari ni order esok sampai la barang . Ha hari tu saya ada beli barang kat Zalora , ingat nak test dulu betul ke zalora ni service die cepat .

 Ha betul la tu service dia memang cepat n siap bagi Return Slip lagi..kot kot la kita x berpuas hati ngan produk yang kita order tu boleh la dipos balik barang tu.. n blh tahan gak la barang2 kat zalora n saya rasa memang akan shoping lagi kat zalora pas ni.setakat hari ni saya dok shopping online alhamdulillah x penah lagi la kena tipu... n pada uolls yang pnh terkena tu saya bersimpati...n pada si tut yang cakap zalora ada masalah tu hope dah buka la mata kan? zalora ok ja dah upgrade pun dia punya service..... jom la shopping kat zalora....



finally....oxy 10 berkesan...

Assalamualaikum...

ha ni nak cerita pasal oxy 10 yang saya penah tulis sebelum ni konon2 kesinambungan la... hehe nak cerita la oxy 10 yang di syorkan rakan sepejabat 2 menjadi n alhamdulillah its works for me...
macam x pecaya lak... before this ada gak membe pnh syorkan tapi time tu muka x da jerawat pun so jual mahal la konon now dah kena la... ha amik kor hannis kan dah kena pakai oxy 10 hehe,,,,


by the way.. even dia mahal sikit tapi alhamdulilah la berkesan.. biar lambat nampak kesan janji berkesan betul x? jgn beli yang cepat nampak kesan nant bnda lain lak yang tumbuh hihi actually saya cakap untuk diri sendiri yang pantang nampak produk terbaru,  now dah x nak dah,  dah serik dah muka saya ni katogeri sensitif skin so takut dah nak buat eksperimen kat muka sendiri...ha uolls pun  try la oxy 10 myb ok untuk kulit uolls... sb kulit saya yang sensitif ni pun blh berkesan takkan kulit uolls yang x sensitif x blh kot...
source : en google


Tuesday 12 November 2013

budi bahasa tu penting sangat... so please....

Assalamualaikum....

Jeng jeng ha Kejab ada kejab x da kan? mcm chipsmore je kan?  ha ha still merajuk ngan en nuff x dapat pun iklan darlee... bila kita post hari2 4 entri dia x datang jengah pun pas 2 macam mana kita x merajuk dengan dia... hurmm2 satu pun x dapat ag CPUV......hurm k la sdh2lah 2 pasal en nuff now nak cite sikit pasal perangai orang yang keje kat frontdesk ni x kira la kat mana sekalipun even kat 5 stars punya tempat ...  SENYUMAN TU KENA LA LEBIH SIKIT....



Bukan nak mengutuk or ape ke? but bila dah berdepan dengan coustomer please la 2 be nice.. ni tak kita cakap elok2 dia nak 'tinggikan' suara dia lak... x kisah la keje apepn even u ade pangkat sekalipun tapi bila dengan coustomer tolong la bersopan sikit bila bercakap ...kan kita ni kaya dengan budi bahasa lagipun senyum 2 kan satu daripada sedekah kan? sedekah la senyuman 2 x rugi pun but look so sweet..hurmm bagi yang keje macam ni tolong lah be nice with coustomer k... dah nama pun keje kor mcm 2 kan? so kalau x tahan jangan keje yang macam 2.... huhu sengal pagi2 bagi org bengang.....


Friday 8 November 2013

Wanita Terlalu Obses Dengan Kecantikan.....

Assalamualaikum.....

ha hari ni tetiba ja nak tulis pasal 'wanita obses dengan  cantik' ....bukan apa dah lama juga rasa nak menulis tentang entri ni .
Cantik? penting ke? macam cantik je , macam cantik je, macam cantik je. haha x de maksud nak perli sape2 pun ...

Semua perempuan mesti nak cantik mustahil la x da keinginan untuk jadi cantik,BETUL TAK? ha betul la tu contohnya diri saya sendiri hihi kalau mengadap cermin, ha mula la berangan 'kalau la muka aku ni 'perfect' means x de jerawat, kulit mulus, kulit lembab ha macam2la yang fikir time 2...ha betul tak ? pernah x uolls rasa macam saya rasa.?

 bagi saya cantik tu dah jadi satu 'keperluan'pula! ha kenapa saya cakap 'keperluan'?...Lumrah manusia sekarang, semua pandang kepada kecantikan. Macam dah terlalu menagungkan kecantikan pula, kalau yang x cantik jangan harap nak pandang ,
so macam mana perempuan sekarang x obses dengan kecantikan....kalau sekeliling kita terlalu pentingkan kecantikan bermacam2 lah yang terjadi ...

Ditambah pula dengan dunia yang semakin canggih... bermacam2 cara boleh dilakukan, yang penting ada duit...contohnya cosmetic laser surgery, botox injections, plastic surgery, eyelid surgery n others cosmetic surgery yang mencecah ribuan ringgit....sanggup kah? itu la yang dikatakan 'biar cantik asal papa' nak ke kita jadi sampai macam ni?

pada saya cantik 2 perlu tapi tak payah la sampai jadi obses hurm...cantik ni ada banyak definasinya ...contohnya  bagi kita dia 2 x cantik manapun tapi bagi org lain lak yang pandang  dia nampak cantik. Setiap dari kita Allah dah jadikan cantik n sempurna sifatnya, kecantikan seseorang itu berbeza2 macam yang saya bagi contoh tadi kita nampak x cantik tapi bagi orang lain cantik... so cantik itu subjektif terpulang kepada individu yang menilainya.

Kita nak cantik memang x salah tapi jangan la sampai melawan Hukum Allah, as a muslim banyak benda yang perlu diambil kira dalam 'mencantikan' diri kita.Kadang2 kita terlalu taksub hingga lupa halal dan haram sesuatu 'benda' yang kita nak buat. so berpada2 lah jangan sebab obses nak cantik lain pula yang jadi... kadang2 kita sendiri Lupa untuk bersyukur dengan apa yang diberi olehNYA...tepuk dada tanyala selera masing2 ......


merokok sama seperti hidu kentut lembu? betul ke?

Assalamualaikum....
Salam Jumaat semua... ha lama kan saya menghilang..... (ada ke orang kisah) hihi
Hurm sebenarnya menghilang sebab merajuk dengan en nuff .... apepun biar la... dah x kisah sangat pun...n dah malas nak pikir pasal en nuff...
hari ni just nak kongsi info sikit pasal org yang suka sangat merokok ...
baca la artikel ni....so kepada si perokok adakah anda masih mahu merokok hihi even bau die macam kentut lembu...