rectangular

Saturday 24 August 2013

Susah sangat ke nak memaafkan orang??





Melafazkan perkataan maaf walau pada keadaan yang ternyata dia bersalah sangat susah untuk diungkapkan..... mengapa ya?.....
Sedarkah kita adakala hanya kerana mulut berat untuk mengeluarkan perkataan itu banyak perhubungan dan pertalian yang terputus begitu sahaja. Terputusnya pertalian darah , perceraian suami isteri, dan retaknya cinta dan impian yang dibina sekian lama.
Kesukaran melafazkan maaf selalunya terjadi di kalangan lelaki, ego mereka terlalu tinggi hingga boleh mencecah awan. Bagi lelaki mengeluarkan perkataan maaf itu umpama mencium kaki orang yang berada didepannya.

Meminta maaf dan mamberi kemaafan kepada orang banyak pahalanya dan ganjarannya, selain itu kita juga
dapat mengeratkan lagi ikatan yang terbina dalam sesebuah perhubungan.
Maaf sukar dilafaz bagi orang-orang yang ego, degil dan tidak pernah mengaku kesalahan sendiri..
Tidak mudah bagi seseorang untuk mengakui kesilapan sendiri dengan memohon maaf.So tak hairan la kalau Tuhan telah meletakkan ganjaran yang amat besar bagi umatnya yang berani mengaku salah dan sedia bermaaf -maafan......So Kepada sesiapa yang rasa egonya terlalu tinggi untuk melafazkan maaf cuba-cubalah memaafkan orang-orang di sekeliling....memaafkan orang lebih mulia daripada meminta dimaafkan.....
Source: Google

Ada Apa Dengan Cinta

Assalamualikum.........
pe kabar....hope u alls sihat ....
tajuk hari ni tentang cinta jadi bagi gals or guys out there yang tgh mabuk cinta 2 ha kena la dengan topic i hari ni he2 .....'Ada Apa Dengan Cinta'....



Cinta itu buta betul ke? Ayat ni sering kita dengar, seolah - olah cinta itu hadir tanpa di undang...
For me i x berapa percaya sangat pada `cinta pandang pertama` nonsense....Secara logik la boleh ke seseorang itu jatuh cinta saat pertama kali berjumpa? For me `love is friendship` itu lebih sesuai
Cinta juga boleh didefinisikan hadir pabila kita lebih mengenali seseorang.Mungkin diawal perkenalan dia cuma seorang yang kita lihat biasa-biasa sahaja, but don`t judge the book by his cover k . Kadang-kadang yang biasa inilah tinggi budi bahasanya dan baik perilakunya.So betullah kata pujangga `tak kenal maka tak cinta`lalu cinta itu hadir tanpa disedari...

Pada i friendship ialah satu proses yang paling telus dan tulus,dimana kita boleh berkongsi kisah suka duka dan boleh berbicara tanpa perlu berselindung.And the most important is kita menjadi diri kita sendiri saat bersama dia,dan tidak terlintas lansung di fikiran untuk berpura-pura.Selain itu kita juga bebas meluahkan pendapat serta kritikan biarpun kadang2 idea kita itu agak melucukan or `quite silly` jika di bahas dengan org lain.
Manusia ni berbeza sangat, rambut sahaja hitam tetapi hati ? lain-lain....Ada diantara kita yang tertarik pada yang sama citarasa dan adapula yang tertarik pada yang berbeza citarasa @ `opposite attraction`contohnya jika anda seorang yang sangat aktif pasti si dia seorang yang pasif, jika anda seorang yang panas baran dan yang seorang lagi lemah lembut.Tapi bila dah terjatuh cinta ni perbezaan itulah yang menjadi pelengkapsegala perhubungan.
Di zaman moden ini mentaliti kita masih lagi di takuk yang lama, Perbezaan darjat, perbezaan pendidikan perbezaan umur masih lagi menjadi jurang dalam menjalin ikatan sesuatu hubungan.Cinta sebegini memerlukan keikhlasan daripada kedua-dua belah pihak,namun jika cinta itu suci dan ikhlas  restu mereka pasti diperoleh....bak kata pepatah 'kalau dah jodoh tak kemana...
Satu lagi orang kita ni suka sangat melebel wanita yang lambat berkahwin sebagai anak dara tua (andartu)...
wanita yang lambat berkahwin atau belum bertemu jodoh  ni kebanyakkannya berkerjaya....mana - mana kaum hawa tidak suka digelar seperti itu ... Cinta tidak blh dipaksa , so jika tiada rasa cinta bagaimana nak bertemu jodoh....
source: google

END of the story,,,,Cinta itu magis cinta boleh menyatukan dua jiwa yang telah di ciptakan olehNya. So masih ada lagi ke yang mempersoalkan status 'ada apa dengan cinta'......tepuk dada tanya hati.....hikhik....:)

Friday 23 August 2013

KURUS ITU CANTIK ??? cANTikkah?

Hai gals out there, ok topic hari ni `kurus itu cantik`
Ramai lelaki kat luar sana bila ditanya perempuan /gadis idaman yang diorang nak mesti nak  pilih yang kurus? Nape ek? Bagi diaorang kurus itu cantik. haha  aku kurus juga tapi bukan la kurus keding k and  aku pun bukan dalam  kategori cantik pun... he he


sumber: i amik kat google je...


its depend la pada u olls nak defenisi kan kurus itu ape tapi aku nak share sikit info tentang kurus ni
as a gal ramai yang terlalu obses dengan `kurus`sampai ada yang sanggup menahan lapar semata-mata nak kurus cepat.walhal banyak lagi cara sihat yang boleh diikut untuk kurus
KURUS itu cantik? k for me cantik itu subjektif... kurus x semestinya cantik n x semestinya berbadan comel x cantik kan?
 untuk mereka yang obses dengan kurus ni please la try la berdiet dengan cara yang betul,jangan cuba menahan lapar semata - mata untuk kurus, itu bukan untuk cantik tapi itu menempah sakit namanya...
kadang-kadang semua ni terjadi disebabkan oleh faktor sekeliling,contohnya media massa , rakan-rakan , baju cantik, model2yang cantik..n berbagai lagi la yang membuatkan ramai yang obses terhadap kurus ni.
contohnya bila kita sendiri dikelilingi dengan org2 yang kurus diri mula terasa kurang berkeyakinan so kat sini mula la tepikir untuk berdiet bagai untuk kelihatan kurus.
Fesyen-fesyen terkini juga boleh mempengaruhi wanita untuk menjadi kurus,kebanyakkannya digayakan oleh model2 yang bersaiz S, so bagi wanita yang bersaiz L or XL mereka merasakan perlu untuk menjadi kurus kerana yang memakai baju cantik semuanya bersaiz S.
Inilah yang dikatakan pengaruh media massa yang memberi kepercayaan kepada wanita hari ini untuk menjadi kurus dan satu bahan fikir bahawa cantik itu harus kurus.
For gals out there no need to obses la dengan kurus ni , x semestinya kurus itu cantik k, bersyukur lah dengan diri kita seadanya..tapi .... jangan sampai ia membesar tanpa di kontrol lak k....bila besar banyak lak perlaburan  yang perlu dikeluarkan he2 so keep maintain k.... haks haks

sumber: google


Thursday 22 August 2013

BENARKAH RATA-RATA LELAKI PENGOTOR?

Lelaki sering di lihat sebagai manusia yang tidak pandai menjaga kebersihan diri. Apa yang di maksudkan dengan kebersihan? Ianya meliputi segenap sudut badan dan juga penampilan diri...
perkara pertama yang dikait dengan kebersihan diri ialah Bau Badan.....
Muka kalau kacak bagai pun tapi jika badan berbau pasti orang akan memandang serong. So untuk mengelakkan badan dari berbau mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari, memakai wangian atau pun just deodorant pun dah ok and please la tolong jangan pakai baju yang sama berulang kali tanpa membasuhnya. bau badan diri sendiri kita x dapat tahu tapi orang yang berada di sekeliling yang dapat mencium bau tersebut...
Rambut... kalau disentuh bab rambut ni, lelaki pun x kurang juga masalah dengan kelemumur. ok lelaki kan kebanyakannya selesa berambut pendek kan? so x payah la nak berkira bagai time bersyampu. seeloknya 3 kali seminggu patut disyampu rambut bagi mengelakkan kelemumur and rambut berminyak. tak salah kan kita menjaga kebersihan diri bukan untuk org lain pun untuk diri sendiri juga k..
Now part of the leg... ha lelaki ni secara umum , yang kita tahu masalah utama mereka adalah masalah kaki berbau. even dah pakai stokin dalam kasut tertutup kalau buka , baunya masyaallah mau ikan kat dalam kolam pun mati.... :) skang ni banyak produk2 dijual di farmasi guardian watson bagi mencegah kaki berbau.for guys out there yang ada masalah kaki berbau pleasela jagala kaki you alls. Kasihanilah orang yang tersayang anda k... nanti x pasal2 sebab bau kaki anda org tersayang pun melayang.....
Kat cini i bagitau la benda ni terjadi disebabkan diri sendiri juga , if kita sentiasa pentingkan kebersihan semua ni x kan terjadi dan kesihatan pun bagus. Tapi kalau diri sendiri pun malas alamat nya berbagai penyakit la datang .....
u guys out there pls la tolong la pentingkan kebersihan k, kebersihan sangat penting untuk kita dari hujung rambut sampai hujung kaki , peringatan ini pun i tujukan untuk diri i juga even as a gal ....
so guys jangan biarkan kaum lain memperlekehkan kamu okey...... :)

sumber : google


mengapa lelaki taksub pada tubuh?

hai... assalamualaikum....hari ni i cerita tentang lelaki yang taksub dengan tubuh mereka... 
ramai lelaki hari ini semakin obses dengan tubuh sendiri.Bagaikan berlawan -berlawan badan siapa
paling cantik, nyata obsesi terhadap tubuh sendiri tidak hanya pada kaum hawa...
begini rutin lelaki hari ini, mereka sanggup ke gim menghabiskan masa paling tidak 1 jam dalam masa 3 kali seminggu.
lelaki yang taksub dengan tubuh atau lebih senang di panggil `badan ketak` ini sebenarnya kurang keyakinan diri kerana dikelilingi dengan mereka yang bertubuh `ketak`atau sering menjadi bahan jenaka orang sekeliling.
antara alasan utama lelaki hari ini semakin obses membentuksempurna adalah kerana mahu berkongsi aatau lebih tepat `show off`kerja keras mereka di gim dengan memuat naik gambar sendiri.Ia juga seerti seperti cuba memasarkan diri sendiri .Tetapi hal ini memang benar2 terjadi dalam dunia `lelaki` hari ini...so pada lelaki du luar sana x perlu menjadi org lain jadi lah diri sendiri setiap manusia punyai kelebihan dan kekurangan masing2 so bersyukur lah dengan apa yang di anugerahkanNYA....  kar bawah ni ada la contah lelaki lelaki ketak yang i minat he he


sumber : google


Wednesday 21 August 2013

banyak lagi ke duit lepas raya or dah pokai?

ha.... nak tanya u alls pernah x jadi kat korang macam ni... bila kita ada duit wah banyak je kawan kan? bile time pokai bukan kate kawan org pun x nak dekat kan....
ini la dikatakan lumrah... ada duit ada kawan x da duit kawan pun cabut.....

maklumla hujung2 bulan ni di tambah pulak dgn lepas raya ni.... huh nak kata raya sakan x juga sbb my mum pn x bpe sihat raya kali ni jadi tahun ni beraya pun  bersederhana je.... tapi meriah juga la even beraya di K.L HUHU.......
sume balikla walaupun pagi raya kena pegi hospital dengan my mum.... ok je....ok berbalik kepada cite asal kite `pokai` ha ha  i pelik juga hari 2 ada dengar kat hot fm petang besama ikhwan n kieran  ada la satu awek ni call n bagi tau yang dia punye duit poket still got RM700.00 EVEN dah berbelas hari raya huh gile ke ape  x raya ke x guna duit or kedekut.... or ada org yang `payung `die hehe... die cakap gaji die basic 1000.00 je , thats mean die guna dalam 200 je huh x bg duit raya kat anak buah ke?
hai i ni bukan setakat anak buah adik i  pn i kena bagi jg even diaorg dah keje haha n terutama sekali my mum....la baru berkat....
hurmmm pumpuan kalau asyik duk kikis duit laki huh x lambat la nak jadi yang bukan2.... for the gal out there beware la .... skang ni macam2 jangan pikir nak jimat duit poket sendiri duit poket `org` lak yang kering....
tapi i pelik la skang bkn pumpuan yang kikis duit lelaki tapi lelaki lak yang duk kikis duk pumpuan ....
zaman dah berubah....
pelik tapi itu la reality kehidupan skang yang lebih advance....
pokai haha bagi staff yang keje kat jabatan kerajaan seronok la lagi bape hari gaji..... x la pening sangat kan....
apepun kat sini i nak ingatkan pada diri i sendiri n pada u alls sume beli jika perlu .... n berjimat ketika berbelanja.... haha diri sendiri macam 2 ke? x kot main hentam je n then bila balik rumah nyesal.... betul x? so sebelum jadinya `pokai` bijak lah menguruskan `wang` anda....he he



sumber : google




jadi jiwang........:)

lately i suka sangat dengar lagu najwa latiff  `i love you` sweet je ..ni penangan dengar hot fm la...
sebelum ni i x la minat sangat pun dengan adik najwa ni tapi bila die buat lagu ni  aku rase macam layan lak... bukan ape yang x minat die ni sbb die ni x pandai sangat berfesyen.... kesian gak tgk die tapi now i tgk tv show untuk raya dah ada improvement dah tahniah la untuk dia....kat sini i ada lirik lagu i love you... haha nak jadi minah jiwang la plak...... actually nak hilangkan stress je.....

sumber : google



i love you

mungkin kita pernah rasa
tentang cinta
yang takdirnya bukan untuk kita

mungkin ini adalah cara
meluah cinta
tanpa berkata
atau berpandang mata
mungkin aku
mencintaimu
walau engkau tak pernah tahu
mungkin aku mencintaimu
tanpa lelah ataupu jemu

i`m sorry but i love u
i`m sorry if i miss u
even if i can`t have u
you know i`ll always
be there for you

mungkin kita tak bersama
di takdirnya
tak mengapa
asal kau bahagia
biar aku mencintaimu
biar tiada siapa yang tahu
biar aku mencintaimu
dalam diam ataupun bisu

 i`m sorry but i love u
i`m sorry if i miss u
even if i can`t have u
you know i`ll always
be there for you


Hanya Tuhan Yang Tahu......

alhamdulilah..., bertemu lagi kita..... maksudnya umur masih panjang.... :)
hidup kita x selalu nya happy x selalunya sihat x selalunya di atas kan...so walau macam mana pun dugaan or something happend life must go on...kadang2 kita terpaksa berpura-pura depan kawan depan family or org yang kita sayang  kan ? padahal dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya dan peritnya kita menanggung...pernah kawan berkata `hati yang sakit tiada ubat atau penawar`but what if sakit yang kita tanggung pun tiada penawar? yang ada cuma ubat sampingan and hanya beserah padaNya...
doa dan tawakal itu adalah yang terbaik sebagai umatNya...
hari demi hari berat badan makin berkurang, rambut semakin menipis...... ubat ni ya Allah berjenis2 tapi keputusan still sama...ramai juga yang tegur nampak makin kurus tambah2 org yang paling dekat dgn kita .....apa yang perlu dijawab just ckp `stress la  x lalu nak makan` ...
apepun sakit yang kita dapat kita kena kuat itu je cara yang dapat melawan penyakit itu....so keep smilling n happy ,  ignore the pain..... 


Suntikkan Vit C

Assalamualaikum.......... pekabo.......hope u alls sihat.....

hari ni tetiba je i nak cerita sikit tentang suntikan Vit C ...I tau mesti ramai yang dah try Suntik Vit c ni kan....before this i pun teringin gak nak try suntik Vit c + collagen but i x terus pergi, sebab my adik ade cakap search dulu sbb kita ni beragama islam and i pun  buat research dulu melalui kementerian kesihatan n kementerian di jabatan agama islam.tapi jabatan agama islam x dapat bagi jawapan lagi untuk soalan yang i tanya myb diorang tgh kaji kot.tapi jawapan untuk kementerian  kesihatan i dapat la  yang  mana suntikan Vit c ni tidak pernah  didaftarkan dengan kementerian  kesihatan pun .apa sahaja  produk yang berkait rapat dengan  kosmetik  perlu melalui proses pendaftaran KKM terlebih dahulu sebelum dikeluarkan kepada pengguna. so pada u alls semua yang mana ada hati nak try suntik Vit C  baca dulu artikel i ni  mana tau kot kot dapat membantu and then up  2 u alls la nak teruskan or not... kat bawah ni i ada sertakan review tentang suntikan Vit c Yang i dapat dari kementerian kesihatan malaysia..... Hope dapat membantu ...:)




sumber:google


                                           

Perkara: Suntikan Vitamin CMerujuk perkara di atas, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia ingin berterima kasih di atas pertanyaan yang diajukan. Pihak kami amat menghargai usaha sebegini demi meningkatkan kualiti kesihatan rakyat Malaysia khususnya
2. Untuk makluman pihak cik, semua produk farmaseutikal termasuklah suplemen kesihatan dan persediaan tradisional perlu berdaftar dan produk kosmetik perlu bernotifikasi dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum dipasarkan di Malaysia. Perkara ini adalah penting bagi memastikan produk tersebut adalah selamat untuk diambil oleh pengguna.
3. Sehingga kini penggunaan produk vitamin C yang dibenarkan oleh PBKD adalah bagi penggunaan secara oral (pengambilan melalui mulut) atau topikal (penggunaan secara sapuan pada kulit) sahaja. Bagi penggunaan vitamin C secara suntikan, perkara ini adalah tidak dibenarkan oleh PBKD dan tiada produk vitamin C untuk tujuan suntikan yang didaftarkan dengan PBKD di Malaysia.

4. Suntikan Vitamin C untuk tujuan kosmetik juga tidak dibenarkan memandangkan kosmetik didefinisikan sebagai bahan atau sediaan yang digunakan untuk kegunaan luar tubuh badan dan bertujuan untuk membersih, dan memelihara keadaannya atau membetulkan penampilannya. Oleh yang demikian, produk kosmetik tidak boleh diberikan secara suntikan.
5. Pada masa kini, terdapat banyak pihak yang telah menyalahgunakan internet untuk menjual produk yang tidak berdaftar kerana penjualan melalui internet sukar dikawal. Oleh yang demikian, orang awam dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan iklan produk serta tidak membeli atau menggunakan produk tidak berdaftar terutamanya melalui internet kerana dikhuatiri produk tersebut boleh memberi kesan sampingan atau mendatangkan kemudaratan pada kesihatan.

6. Bagi hukum penggunaan suntikan vitamin C dalam kalangan orang beragama Islam, kami ingin menyarankan pihak cik berhubung terus dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaku badan agama Islam yang lebih pakar dalam perkara tersebut. Pihak cik boleh menghubungi JAKIM di talian 03-8886 4000 atau layari www.islam.gov.my untuk maklumat lanjut.

7.  Untuk maklumat berkaitan ubat-ubatan hubungi talian bebas tol Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di 1800-88-6722(NPCC). 

Diharap maklumat berkenaan dapat membantu pihak cik.
 
Sekian, terima kasih
Bahagian Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Lot 36, Jalan Universiti,
46350 Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 03-78413200
Faks : 03-79682222


Tuesday 20 August 2013

SLE ( Lupus Eritematosus Sistemik ) LUPUS

Assalamualaikum........hai pe kabar lama juga saya x letak cerita ataupn resepi kat blog saya kan.... so hr ni saya nak kongsi cerita tentang penyakit SLE atau LUPUS....
Penyakit ni memang org jarang dengar di malaysia sb tak ramai yang terkena penyakit ni tapi blh serang dalam keadaan yang tidak kita jangka... disini saya letakkan artikel untuk di kongsi bersama .artikel ini  saya amik dari sumber yang sahih iaitu kpdknkk ... hope u all dapat mengetahui dengan lebih lanjut la sb penyakit ni lebih banyak menyerang kita i mean perempuan .....



'LUPUS': Awas Bila Keletihan, Sakit Sendi Dan Ruam Kulit

Oleh Zulkiple Ibrahim

Ini adalah bahagian pertama tentang penyakit Lupus Eritematosus Sistemik (SLE) yang dikenali juga sebagai 'LUPUS'. Penyakit ini adalah keradangan kronik yang disebabkan sistem pertahanan badan (autoimun) yang tidak normal melawan tisu badan sendiri.

Menurut pakar kesihatan, kesedaran tentang penyakit ini masih rendah dalam kalangan masyarakat Malaysia dan jika wujud kesedaran yang lebih tinggi terhadapnya, pesakit SLE tidak akan rasa terpinggir selain dapat menerima sokongan yang mereka perlukan.

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Anak perempuan AiBee yang berumur 25 tahun, Siew Ping, merupakan seorang yang cergas dan sihat sehinggalah suatu hari beliau berasa keletihan dan lemah yang amat sangat selain hilang selera makan secara mendadak.

"Ia berlaku pada September tahun lepas bila Siew Ping mengadu rasa sakit di seluruh badan selain demam dan selsema.

"Hidungnya juga mengalir darah dan ada ruam di badan dan muka. Sendi-sendinya juga sakit dan bengkak. Dia juga mengadu sakit dada dan batuk berdarah," cerita Aibee kepada penulis di sebuah pusat perubatan di sini.

AiBee membawa anaknya ke hospital dan kemudian doktor memberitahu diagnosa anaknya menghidap SLE" (Lupus Eritematosus Sistemik) yang juga dikenali sebagai 'LUPUS'.

Menurut pakar penyakit reumatologi, satu kajian yang dijalankan pada tahun 1990 menunjukkan terdapat 43 pesakit SLE bagi setiap 100,000 rakyat Malaysia. Kini dianggarkan terdapat lebih 12,000 kes SLE di negara ini.

Statistik Yayasan SLE Amerika mendedahkan di Amerika Syarikat sahaja terdapat 1.5 juta kes SLE manakala angka bagi seluruh dunia adalah 5.0 juta orang.

RASA PENAT

Pakar perubatan Dr H.Tan memberitahu bahawa ciri-ciri wujud SLE adalah berlainan antara seorang pesakit dengan pesakit yang lain.

"Kira-kira 80 peratus daripada pesakit SLE mengalami sakit sendi dan otot selain ruam di kulit. Mereka juga rasa lemah-lemah serta tidak sihat.

"Pada kemuncaknya, pesakit SLE akan mengalami selesema dan ini mungkin diiringi demam, keletihan dan sakit otot. Bagi wanita, simptom ini mungkin lebih teruk sebelum pusingan haid dan sebab itulah simptom itu kadangkala disalahsangka sebagai tekanan stres sebelum haid," kata beliau.

Menurut pakar itu lagi, gejala yang biasanya timbul dalam kes SLE adalah artritis (radang dan sakit sendi) di tangan, kaki dan juga lutut.

Terdapat juga keletihan dan ruam pada kulit (termasuk muka dan badan).

SISTEM IMUN

Menurut pakar-pakar perubatan, SLE adalah penyakit yang muncul dari sistem imum badan itu sendiri.

"Dalam SLE, sistem imum badan jadi tidak seimbang mengakibatkan badan memberi reaksi terhadap tisu yang sihat. Itulah sebabnya simptom SLE boleh berbeza (dari satu individu dengan individu yang lain).

"Penyakit ini juga disebabkan jenis ubat yang diambil," kata Dr Tan.

Kata beliau SLE diklasifikasikan sebagai penyakit reumatik sendi dan boleh melibatkan beberapa organ dalam badan seperti buah pinggang.

PENYEBAB SLE

Faktor-faktor yang menyebabkan SLE sebenarnya tidak diketahui walaupun ada kajian menunjukkan kemungkinan wujudnya faktor genetik.

Kata Dr Tan, SLE adalah 10 kali lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita daripada lelaki.

"SLE sukar untuk diberi diagnosis. Kadangkala pesakit LUPUS perlu merujuk beberapa orang doktor barulah penyakit ini dapat dikenalpasti.

"Simptomnya yang sama dengan penyakit lain menyebablan SLE sukar diberi diagnosis. Tiada ujian yang spesifik bagi menentukan sama ada seseorang itu menghidapi SLE.

"Ia bukan luar biasa bagi seseorang itu menghidapi SLE selama berbulan atau bertahun sebelum beliau mengetahui dirinya mempunyai diagnosis penyakit itu," kata Dr Tan.

Katanya doktor hanya dapat memberi diagnosis setelah meneliti riwayat perubatan pesakit dan dibantu analisis ujian rutin makmal serta juga beberapa ujian khas berkaitan dengan status imun pesakit.

"Terdapat 11 kriteria untuk diagnosis. Jika pesakit mempunyai empat daripada kriteria ini termasuk ujian darah, maka beliau boleh dikatakan mempunyai diagnosis positif SLE," terang beliau.

MEMBAWA MAUT

Pakar-pakar reumatologi memberitahu bahawa penyakit SLE boleh membawa maut.

Yayasan SLE Amerika menyatakan komplikasi daripada penyakit itu menyebabkan beribu-ribu pesakit mati di seluruh dunia setiap tahun.

Tetapi diagnosa awal serta pengurusan penyakit yang lebih baik telah membolehkan ramai pesakit menjalani kehidupan yang normal. Malangnya bagi ramai yang menghidapi penyakit ini mereka terpaksa menjalani kehidupan yang mengganggu kualiti hidup.

'PENAWAR' BAGI LUPUS

Pakar-pakar perubatan berkata tida 'penawar' bagi SLE untuk ketika ini.

Tetapi terdapat rawatan bagi mengawal simptom dan penyakit ini. Terapinya bergantung pada organ yang terlibat serta tahap penyakit ini.

Kata Dr Tan, pesakit yang mempunyai simptom SLE seharusnya berjumpa dengan doktor secepat mungkin.

"Mereka (pesakit) perlu menerangkan keseluruhan riwayat perubatan mereka walaupun tiada gejala yang timbul ketika itu. Doktor mungkin memerlukan pesakit menjalani ujian tambahan dan merujuk pesakit kepada pakar reumatologi dan pakar dermatologi," katanya.

Maklumat yang lebih mengenai SLE boleh didapati dari www.lupus.org.

"Rehat yang lebih juga merupakan bahagian penting dalam pengurusan penyakit ini," tambah beliau.

-- BERNAMA