rectangular

Wednesday 21 August 2013

Suntikkan Vit C

Assalamualaikum.......... pekabo.......hope u alls sihat.....

hari ni tetiba je i nak cerita sikit tentang suntikan Vit C ...I tau mesti ramai yang dah try Suntik Vit c ni kan....before this i pun teringin gak nak try suntik Vit c + collagen but i x terus pergi, sebab my adik ade cakap search dulu sbb kita ni beragama islam and i pun  buat research dulu melalui kementerian kesihatan n kementerian di jabatan agama islam.tapi jabatan agama islam x dapat bagi jawapan lagi untuk soalan yang i tanya myb diorang tgh kaji kot.tapi jawapan untuk kementerian  kesihatan i dapat la  yang  mana suntikan Vit c ni tidak pernah  didaftarkan dengan kementerian  kesihatan pun .apa sahaja  produk yang berkait rapat dengan  kosmetik  perlu melalui proses pendaftaran KKM terlebih dahulu sebelum dikeluarkan kepada pengguna. so pada u alls semua yang mana ada hati nak try suntik Vit C  baca dulu artikel i ni  mana tau kot kot dapat membantu and then up  2 u alls la nak teruskan or not... kat bawah ni i ada sertakan review tentang suntikan Vit c Yang i dapat dari kementerian kesihatan malaysia..... Hope dapat membantu ...:)




sumber:google


                                           

Perkara: Suntikan Vitamin CMerujuk perkara di atas, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia ingin berterima kasih di atas pertanyaan yang diajukan. Pihak kami amat menghargai usaha sebegini demi meningkatkan kualiti kesihatan rakyat Malaysia khususnya
2. Untuk makluman pihak cik, semua produk farmaseutikal termasuklah suplemen kesihatan dan persediaan tradisional perlu berdaftar dan produk kosmetik perlu bernotifikasi dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum dipasarkan di Malaysia. Perkara ini adalah penting bagi memastikan produk tersebut adalah selamat untuk diambil oleh pengguna.
3. Sehingga kini penggunaan produk vitamin C yang dibenarkan oleh PBKD adalah bagi penggunaan secara oral (pengambilan melalui mulut) atau topikal (penggunaan secara sapuan pada kulit) sahaja. Bagi penggunaan vitamin C secara suntikan, perkara ini adalah tidak dibenarkan oleh PBKD dan tiada produk vitamin C untuk tujuan suntikan yang didaftarkan dengan PBKD di Malaysia.

4. Suntikan Vitamin C untuk tujuan kosmetik juga tidak dibenarkan memandangkan kosmetik didefinisikan sebagai bahan atau sediaan yang digunakan untuk kegunaan luar tubuh badan dan bertujuan untuk membersih, dan memelihara keadaannya atau membetulkan penampilannya. Oleh yang demikian, produk kosmetik tidak boleh diberikan secara suntikan.
5. Pada masa kini, terdapat banyak pihak yang telah menyalahgunakan internet untuk menjual produk yang tidak berdaftar kerana penjualan melalui internet sukar dikawal. Oleh yang demikian, orang awam dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan iklan produk serta tidak membeli atau menggunakan produk tidak berdaftar terutamanya melalui internet kerana dikhuatiri produk tersebut boleh memberi kesan sampingan atau mendatangkan kemudaratan pada kesihatan.

6. Bagi hukum penggunaan suntikan vitamin C dalam kalangan orang beragama Islam, kami ingin menyarankan pihak cik berhubung terus dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaku badan agama Islam yang lebih pakar dalam perkara tersebut. Pihak cik boleh menghubungi JAKIM di talian 03-8886 4000 atau layari www.islam.gov.my untuk maklumat lanjut.

7.  Untuk maklumat berkaitan ubat-ubatan hubungi talian bebas tol Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di 1800-88-6722(NPCC). 

Diharap maklumat berkenaan dapat membantu pihak cik.
 
Sekian, terima kasih
Bahagian Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Lot 36, Jalan Universiti,
46350 Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 03-78413200
Faks : 03-79682222


No comments :

Post a Comment

thanks for u`r comment