rectangular

Saturday 28 September 2013

LELAKI MANJA ANAK *EMAK*

Assalamualaikum...
Ha terasa lak nak menulis tentang lelaki anak emak ni. Bukan apa just nak berkongsi dengan u alls...

SETIAP kali ingin membuat keputusan, mencari emak. Apa saja masalah yang berlaku - emak; bermanja berlebihan - emak; mencari keputusan untuk hal berkaitan rumah tangga, baik membeli rumah atau perabot - emak; bergaduh dengan isteri juga, mengadu pada emak. Pendek kata, semua yang dibuat emak dibabitkan, walaupun usia bukan muda, malah sudah beristeri dan berkeluarga. 

Inikah yang dikatakan anak emak? Istilah berkenaan bukan baru kita dengar, sebaliknya sudah digunakan sejak dulu lagi, lebih-lebih lagi untuk lelaki yang terlalu manja dengan ibunya. 



Mungkin tidak ada cacat-celanya perkara ini bagi si lelaki itu dan ibunya, tetapi tidak bagi kebanyakan wanita. Rata-rata, wanita rimas dengan lelaki begini, terutama wanita yang bersuamikan anak emak kerana anak emak ini sering kali tidak matang dalam membuat keputusan bijak, sekali gus mencerminkan mereka lelaki yang tidak pandai berdikari. 



Ramai melihat perkara ini, lebih banyak buruk daripada baiknya terutama apabila segala yang dilakukan untuknya tidak pernah nampak elok dan baik, hanya kerana tidak sama seperti ibunya. Masak tak sedap, tak macam emak masak; tak pandai kemas rumah, tak macam emak dan macam-macam lagi hal, yang boleh membuat isteri atau teman wanita jauh hati. 

Si lelaki juga tidak terkecuali menerima kesan buruknya. Bagi lelaki bujang umpamanya, gelaran anak emak, membuatkan wanita sukar mendekati mereka. Wanita akan beranggapan lelaki begini tidak matang, membosankan dan tidak layak dijadikan suami! 

Bagi yang berkahwin, tidak mustahil, isteri lama-kelamaan jauh hati, kecil hati dan tidak lagi mahu melayari kehidupan bersama. 

Namun, tidak wajar rasanya hal sebegini menjadi punca rumah tangga berantakan. Jika bijak dan pandai mencari ‘puncanya’, mengenal pasti serta melakukan perkara yang membuatkan si suami atau teman lelaki melebihkan ibu mereka, bukan saja mereka akan lebih sayangkan kita, mungkin satu hari kita akan juga akan jadi anak emak kepada ibunya! 
Hakikatnya, apabila bercinta  seterusnya mendirikan rumah tangga, kita bukan hanya berkawan dan berkahwin dengan pasangan malah keluarga mereka. Ibu isteri juga adalah ibu kepada suami dan begitu juga sebaliknya. 


Sebagai anak, sewajarnya ibu harus terus disanjungi, tidak kira bila dan di mana. Namun, lelaki bergelar suami juga harus tahu peranan dan tanggungjawabnya kepada isteri dan keluarga. Tidak salah merujuk kepada ibu tetapi tidaklah dalam semua perkara, lebih-lebih lagi jika berselisih faham dengan isteri. 
source pic : google
Isteri juga harus menghormati dan menyayangi keluarga suami sebagai tanda taat kepada suami. Bukankah syurga buat isteri terletak di tapak kaki suami
So kepada isteri2 yang dapat *mommy's boy* banyak2 la bersabar mungkin Tuhan ingin menguji sejauh mana tahap kesabaran kita.Orang yang sering diuji ialah org yang Allah sayang..... 

Fesyen Untuk Lelaki Kurus

Assalamualaikum
Source Extracted from : yahoo Kebiasaanya mereka yang berbadan kurus lebih mudah untuk berfesyen kerana senang untuk memilih saiz baju dan sebagainya. Namun bagi orang yang terlalu kurus, mereka juga mempunyai masalah mereka yang tersendiri. Bukan orang yang berbadan besar sahaja yang ada masalah nak beli baju kerana tidak ada saiz, tetapi orang yang kurus pun ada masalah dalam berfesyen kerana sukar memilih pakaian yang tidak nampak seperti memakai pakaian besar. 

Oleh itu, di sini kami ada beberapa tips untuk jejaka yang berbadan kurus untuk kelihatan lebih maskulin dan sesuai dengan bentuk badan: 


 - Elakkan dari memakai pakaian yang berbentuk 'fit' kerana ianya bukan membuatkan anda lagi nampak kurus tetapi akan lebih membuatkan anda seperti tengkorak. Sebaiknya pilihlah pakaian mengikut saiz badan dan cubalah terlebih dahulu pakaian yang ingin dibeli dan jika tidak yakin minta pandangan daripada orang lain. 


- Pilih pakaian yang mempunyai banyak corak seperti berbelang, berbunga dan yang ada tulisan kerana pakaian yang bercorak akan mengurangkan fokus pada tubuh badan dan pandangan mereka lebih tertarik dengan pakaian yang anda pakai. 



- Sekiranya ingin memakai T-shirt, pilihlah yang berkolar dan elakkan dari memakai pakaian yang mempunyai corak leher v atau bulat kerana T-shirt yang berkolar akan menampak dada kelihatan lebih bidang dan tegap. 

- Akhir sekali gaya rambut juga haruslah dititikberatkan dan elakkan memotong rambut terlalu pendek mahupun botak kerana penampilan sedemikian akan menampakkan anda kelihatan lebih kurus Seeloknya biarlah rambut berpotongan sederhana untuk mengimbangi bentuk muka yang kecil. 

Semoga info ini dapat membantu anda!!

Jadoh Yang Lambat....

Assalamualaikum......
Tiba - tiba ja hari ni nak tulis pasal soal jodoh lambat/lambat kahwin. Bukan apa dalam famili saya pun ada jg yang lambat dapat jodoh ni, tgk kepada kerja ok ja kerja tetap , gaji mahal , ada semua tapi bila tanya jawapannya 'jodoh x sampai lagi' ..Mungkin dlm hati terigin nak berkahwin tapi mungkin ada yang tersirat  yang kita sendiri  x tahu kan? Jadi jangan la kita bersangka buruk tentang mereka yang lambat dapat jodoh ni.



Sebab lambat kahwin ni bukanlah sesuatu yang menggembirakan.. walaupun cool macam mana pun orang bujang, hatinya tetap akan terguris bila disindir oleh ahli keluarga mahupun rakan2 selagi belum berkahwin.. apatah lagi dengan peningkatan umur walaupun kehidupan dah serba stabil



Bila tengok orang berkeluarga, tengok orang dukung anak, tengok orang perempuan mengandung dsb, hati seorang lelaki mahupun wanita akan menjadi sayu. Lalu terbayanglah di kotak fikiran, betapa bahagianya kalau punya keluarga sendiri. ada anak untuk didukung, ada isteri untuk bermanja, ada suami untuk mengada2.. semua bayangan indah ini akan hadir bila ada masa2 terluang. Bukan setiap masa orang berangan. hanya mereka2 yg takde kerja nak buat je yg kuat berangan (walaupun dah bekerja, kadang2 ramai yg lagi banyak mengelamun berbanding sibuk buat kerja).

Sebab itu, biasa kita dengar mereka2 yang andalusia (anak dara lanjut usia) mempunyai jawatan tinggi, kedudukan kewangan yang mantap, ada rumah besar, ada kereta besar  dan segala kebesaran yang ada. Begitu juga dengan antelusia (anak teruna lanjut usia), ramai juga yang dah mempunyai kerjaya yang stabil, tapi masih tercari2 teman hidup.


Bukan soal cerewet yang menjadi perbahasan, sebaliknya soal bersederhana dalam pemilihan itu perlu diperhatikan. Jangan bersikap terlalu berhati2 sehingga menjadi paranoid.Terlalu takut sehingga tak sanggup nak melangkah setapak ke depan dalam perhubungan. Lebih rela menutup pintu hati selagi tak berjumpa dengan seseorang yang sempurna dalam segenap segi, sedangkan hakikatnya kita sendiri tahu yang tiada manusia pun yang sempurna pasti akan ada kekurangan di sana-sini.

Akibat terlalu mencari kesempurnaan, maka seseorang itu tidak akan berjumpa dengan pasangan yang sesuai dengan kehendaknya.. bahkan mereka yang dah berkahwin pun akan rasa tak bahagia sebab telah mengetahui buruk baik pasangannya berbanding semasa bercinta (yg kebanyakannya hanyalah lakonan semata).


Nak sangat kesempurnaan pada pasangan, tapi tak sedar diri sendiri pun banyak kekurangan.
Begitu juga jangan terlalu bermudah2 dalam memilih pasangan... asal ada orang mengorat je, terus tersangkut.... tak kira dah latar belakangnya, akhlaknya, pegangan agamanya dsb.. kena memilih juga mana yang terbaik untuk dijadikan pasangan. Sebab tu ulama berpesan, kalau kita nak mencari pasangan, tanamkan dalam fikiran yang kita bukan setakat nak cari teman hidup, sebaliknya nak mencari ibu atau bapa kepada anak2 kita yang bakal dilahirkan nanti. Kalau kita tersilap pilih, bukan diri kita saja yg akan hidup menderita, bahkan zuriat kita akan turut merasainya.

source pic : google
Sebab itulah, persoalan jodoh ini kita kena banyak bersabar dan redha.. disamping kita berharap kepada Allah s.w.t. semoga diberikan jodoh yang terbaik buat kita. Tak kira la sama ada jodoh yg baik itu adalah jodoh yg bujang, mahupun jodoh yang datang sekali dengan pakej (pakej anak2 atau pakej madu). Bila kita banyak bersabar, fikiran kita akan menjadi tenang dan lapang.. bila fikiran dah lapang, mudahlah untuk kita membuat keputusan yang matang. Kalau kurang sabar dalam mencari jodoh, kita akan serabut fikiran dan seterusnya akan mengambil tindakan terburu2.. akhirnya, kita sendiri yang akan menanggung akibat daripada kesilapan kita sendiri.
Bagi mereka2 yang lambat bertemu jodoh, janganlah bersedih dan janganlah risau.. hidup bujang pun banyak kelebihannya. Walaupun kita dok nampak yang orang tak berkahwin itu banyak kekurangan, percayalah, orang yg berkahwin juga ada banyak kekurangannya. Orang berkahwin biasanya kekurangan masa untuk diri sendiri sebab terpaksa nak bahagikan masa dengan keluarga.. jadi, sebaik dah berkahwin, aktiviti bujang seperti melepak kat kedai mamak bersama kawan2 pun terpaksa dikurangkan... sehingga kadang2 ada yang tersenyum sorang2 tatkala mengelamun bila teringatkan betapa bahagianya hidup masa bujang dulu.. 



Jadi, selagi belum bertemu jodoh, nikmatilah hidup ini dengan sebaiknya.. kita hidup atas dunia ni pun bukannya lama mana.. entah2 kejap lagi dah pupus.. jadi, selagi ada masa, gunakanlah dengan sebaiknya untuk menuntut ilmu dan menambahkan amal. InsyaAllah, sekiranya kita tak bertemu jodoh di dunia, kita pasti akan berkahwin juga di dalam syurga nanti (Allah akan kahwinkan kita dengan sesiapa saja yg kita teringin nak kahwin)



Jadi, janganlah berasa rendah diri sekiranya belum bertemu jodoh.. begitu juga dengan mereka yg sudah berkahwin, janganlah takbur dan riak dengan jodoh yg kita ada.. sbb bila2 masa je Allah boleh tarik nikmat tersebut, dan akhirnya kita pulak yang hidup menjanda / menduda.. masing2 bersyukurlah dengan apa yang ada dan berdoalah banyak2 semoga Allah mengekalkan nikmat yg ada dan menambahkan lagi nikmat yg lain. Tak perlu nak pandang rendah pada orang lain dengan menyindir2 dan mengeluarkan kata2 yang mengguris hati mereka. Sebab bila hati seseorang terguris dengan kata2 kita, itu tandanya kita telah menzalimi dirinya..

Friday 27 September 2013

Jauhi Sifat *Riak*

Assalamualaikum,,,,,
salam jumaat semua .....diharap u alls lebih  baik dari hari  semalam....
Memandangkan hari ini hari jumaat saya teringin pula nak menulis tentang *sifat riak* yang ada dalam diri kita. Nampak atau tidak itu terletak pada diri masing2.Tapi kebanyakkannya  daripada kita memang secara terang terangan menunjukkan sifat riak tersebut.


Apa saja sifat yang boleh mendatangkan keburukan, kebinasaan atau kecelakaan dalam hidup seseorang, ia boleh dianggap sebagai penyakit. Perbuatan riak dianggap satu daripada penyakit rohani dan Islam memandangnya sebagai wabak yang mengancam kemurnian akidah orang Islam. Di kalangan orang Islam riak masih wujud dalam kehidupan hari ini walaupun sifat dan perbuatan itu dibenci Allah S.W.T.


Ulama ada berpendapat riak adalah sifat yang tidak baik diamalkan oleh orang Islam. Dalam Islam, riak adalah sifat yang cukup keji kerana ia boleh membinasakan segala kebaikan yang pernah dilakukan selama ini dan merosakkan pahala amal soleh seseorang. Sifat riak sebenarnya boleh dihindari dengan memperkuat atau mempertingkatkan iman dan hati sentiasa takut akan azab dan seksa Allah di akhirat nanti.

Secara mudah kita simpulkan bahawa riak adalah perbuatan yang semata-mata untuk mengharapkan sanjungan, pujian atau penghormatan daripada orang lain. Hal ini amat bertentangan dengan kehendak Islam yang sentiasa menyeru umatnya agar beramal atau melakukan perkara kebaikan dengan hati penuh keikhlasan dan mengharapkan keredaan Allah
source pic : by google


 Setiap dari kita kadang2 tidak terlepas dengan sifat riak secara tidak sedar. Kadang2 saya ada juga terlihat di post2 fb atau aplikasi terkini  seakan mahu menunjuk2 apa yang mereka ada .*cthnya : jika mempunyai gadjet yang terbaru, mempunyai handphone baru, membeli barang kemas atau sebagainya * Perlukah semua itu? Tepuk dada tanyalah hati.....Perlukah untuk menunjuk2 ? Mungkin bagi sesetengah orang niatnya cuma untk berkongsi tapi dalam masa yang kita telah membuatkan orang yang tidak berkemampuan berkecil hati. Tidak perlulah kita menunujuk2 apa yang kita ada, sepatutnya kita  bersyukur dengan kelebihan yang kita ada. Saya menulis atas apa yang saya lihat dan menulis untuk mengingatkan diri saya  supaya tidak tergolong dalam golongan *orang yang riak* ..... 



Jenis-jenis teh dan khasiatnya

Assalamualaikum........
Source Extracted from : yahoo : Teh merupakan salah satu minuman yang paling popular di dunia selain air. Ia juga kaya dengan maanfaat untuk kesihatan tubuh badan. Di sini, kami senaraikan jenis-jenis teh yang mempunyai kebaikannya masing-masing. 

Teh Hitam

Teh hitam mempunyai rasa yang sedikit pahit dan mengandungi kafein yang paling kira-kira 40 miligram per cawan. Mengikut pakar, ia mempunyai kepekatan tinggi antioksidan yang dikenali sebagai 'theaflavins' dan 'thearubigins', yang mana sangat berguna untuk merendahkan kolesterol. Selain itu, penyelidikan telah menunjukkan bahawa orang yang minum tiga atau lebih cawan teh hitam setiap hari boleh mengurangkan risiko strok sebanyak 21 peratus. 

Teh Hijau

Teh hijau mempunyai rasa yang lebih halus daripada hitam serta mengandungi kira-kira 25 milligram kafein secawan. Antara kebaikan teh hijau adalah ia penuh dengan antioksidan dipanggil 'catechins', satu kumpulan kecil yang dikenali sebagai EGCG yang boleh mencegah penyakit daripada kanser hinggalah penyakit. Satu kajian juga telah dijalankan dan pakar mendapati bahawa setiap cawan teh hijau yang diminum secara harian boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 10 peratus. 

Teh Oolong

Oolong sama dengan teh hitam, tetapi ia diperam dalam masa yang singkat yang mana memberikan lebih rasa. Ia juga mengandungi kira-kira 30 milligram kafein secawan. Mengikut pakar, ia boleh membantu dalam penurunan berat badan. Ini kerana teh oolong mengaktifkan enzim yang bertanggungjawab untuk menyingkirkan 'trigliserida', satu bentuk lemak yang disimpan di dalam sel-sel lemak. Satu kajian menunjukkan bahawa pembakaran kalori bagi wanita yang minum teh oolong adalah lebih sedikit dalam tempoh dua jam berbanding dengan mereka yang minum hanya air. 

Teh Putih

Bagi teh putih, daun teh hanya dipilih ketika mereka sangat muda. Jadi teh putih mempunyai rasa yang lebih lembut daripada jenis teh yang lain serta mengandungi kurang kafein, cuma 15 miligram per cawan. Teh putih mempunyai manfaat yang sama seperti jenis teh yang lain dan ia juga berguna untuk latihan kardiovaskular dan pencegahan kanser. Tambahan lagi, beberapa kajian menunjukkan bahawa teh putih sangat berkesan kepada orang-orang dengan diabetes. 

Teh berperisa

Untuk jenis ini, tambahan aromatik seperti kayu manis, kulit buah oren dan lavender telah dicampurkan bersama daun teh hitam, daun teh hijau atau daun teh putih. Sebenarnya, teh berperisa mempunyai tahap antioksidan dan faedah kesihatan yang sama seperti teh jenis biasa. Namun begitu, teh yang mempunyai perisa buah-buahan seperti beri biru atau strawberi mungkin mengandungi lebih antioksidan. 

Teh Herba
source : by en google

Secara teknikalnya, teh herba bukanlah teh sebenarnya. Ia terdiri daripada beberapa gabungan buah-buahan kering , bunga dan herba serta tidak mengandungi kafein. Walau bagaimanapun, elakkan daripada minum teh herba untuk kurangkan berat badan kerana ia mungkin mengandungi julap yang berbahaya. 

Kajian mendapati bahawa minum tiga cawan teh herba setiap hari raya boleh membantu untuk orang dengan tekanan darah tinggi. Selain itu, teh 'chamomile' membantu untuk dapatkan tidur yang nyenyak manakala teh pudina boleh menenangkan perut yang meragam.

Thursday 26 September 2013

Tips untuk menambah ketinggian secara semulajadi

Source Extracted from : yahoo- Dapat mencapai sesuatu di rak yang tinggi tanpa perlu berdiri di atas bangku sangat memuaskan bukan? Ketinggian adalah faktor penting yang menentukan personaliti keseluruhan individu. Walaupun rendah tidak menjejaskan keupayaan seseorang individu, ia adalah satu hakikat bahawa orang tinggi sering menjadi perhatian. 

Jadi, bagaimana untuk menambah ketinggian secara semulajadi? Kira-kira 20% atau lebih daripada ketinggian badan kita bergantung kepada persekitaran, aktiviti dan pemakanan. Oleh itu, kita boleh meningkatkan ketinggian kita dengan secara semulajadi dengan mengikut beberapa perkara dalam kehidupan seharian kita. 

Tidur yang cukup

Ia adalah satu fakta yang diketahui bahawa badan kita membesar dan menghasilkan tisu ketika kita berehat. Tidur yang betul dan cukup adalah benar-benar penting dalam badan yang semakin meningkat. Ia dipercayai bahawa hormon pertumbuhan manusia dihasilkan secara semulajadi dalam badan kita semasa gelombang bunyi yang perlahan semasa tidur. Pertumbuhan kanak-kanak dan remaja perlu mempunyai sekurang- kurangnya 8 - 11 jam masa tidur setiap malam untuk mencapai ketinggian maksimum. Di samping itu, mandi air panas sebelum tidur boleh meningkatkan kualiti tidur. 

Senaman yang kerap dan bersukan

Salah satu cara terbaik untuk meningkatkan ketinggian secara semulajadi adalah fizikal yang sihat dan aktif sebagai kanak-kanak. Senaman dan aktiviti sukan meningkatkan ketinggian. Apabila anda aktif , badan anda memerlukan nutrien yang lebih sihat dan kesannya, peningkatan dalam pengambilan nutrien dalam pertumbuhan. 

Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti sukan seperti berenang, senamrobik, tenis, kriket, bola sepak atau beberapa senaman regangan adalah cara yang baik untuk memastikan badan kita semakin membesar. Otot akan mempertingkatkan prospek pertumbuhan di samping pembersihan dan detoksifikasi badan kita melalui berpeluh. Oleh itu, pastikan senaman atau sukan sebahagian daripada aktiviti-aktiviti harian kita. 

Yoga

Yoga adalah cara yang baik dan agak kurang tekanan bagi menambah ketinggian secara semulajadi. Beberapa pergerakan yoga akan memudahkan pengeluaran hormon yang mendorong pertumbuhan dalam badan. Tambahan pula, latihan regangan yang terlibat dalam yoga juga menguatkan otot dan memperbaiki postur badan juga. 

Mengekalkan postur yang betul

Perhatian perlu diberi ke arah mengekalkan postur yang betul dari zaman kanak-kanak lagi. Perkara-perkara mudah seperti duduk tegak di kerusi, pastikan bahu lurus, dagu tinggi, dan tulang pinggul betul ketika berjalan atau berdiri benar-benar boleh memberi kesan yang baik ke atas ketinggian anda. 

Bahkan juga, tulang belakang yang lurus dan kuat adalah sangat penting dalam pertambahan ketinggian anda. Mempunyai bantal yang empuk dan tilam yang mesra badan adalah sama penting dalam menjaga tulang belakang anda supaya selesa. Postur badan yang baik membuat anda kelihatan tinggi , bijak dan yakin. 

Diet seimbang
source pic : google

Diet yang seimbang adalah amat penting untuk mendapatkan nutrisi yang betul. Justeru itu, anda disarankan untuk menjauhkan diri daripada memakan makanan ringan. Badan anda memerlukan semua vitamin dan mineral untuk berkembang dengan ketinggian maksimum anda. Antaranya: 

• Vitamin D dan protein membantu dalam mencetuskan hormon pertumbuhan dan dikehendaki untuk pertumbuhan gigi dan tulang. Contoh makanan seperti keju, putih telur dan tauhu. 

• Pengambilan zink juga sangat penting kerana kekurangan ini boleh membawa kepada pertumbuhan terbantut pada kanak-kanak. Contoh makanan seperti asparagus, tiram dan kacang. 

• Kalsium diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan tulang. Ia terkandung dalam produk tenusu dan sayur-sayuran hijau. 

Sistem imun yang kuat
Beberapa penyakit yang menyerang kanak-kanak juga boleh menyebabkan pertumbuhan terbantut. Walau bagaimanapun, ini boleh dielakkan dengan imunisasi biasa dan mengambil banyak vitamin C yang terdapat dalam buah-buahan sitrus seperti oren, anggur dan lemon. Sistem imun boleh dikukuhkan lagi dengan makan makanan yang segar dan elakkan makanan yang diproses dan hidrogenasi seperti marjerin. 

Elakkan faktor yang membantutkan pertumbuhan
Mengambil dadah dan alkohol pada usia muda boleh menjadi sangat berbahaya dan boleh menyebabkan pertumbuhan terbantut serta menghalang anda dari mencapai ketinggian maksimum anda. Seperkara lagi, pengambilan kafein harus dihadkan terutamanya di kalangan kanak-kanak untuk memastikan mereka tidur dengan nyenyak dan teratur. Selain itu , steroid juga telah didapati menghalang pertumbuhan tulang pada kanak-kanak muda yang mana boleh menjejaskan ketinggian mereka

Makanan yang boleh mengurangkan tekanan

 Source Extracted from : yahoo- Mengalami tekanan ? Semua orang punya tekanan kan? Tekanan kat tempat kerja tekanan kat rumah n macam2 lagi la jangan risau,  Makanlah makanan yang boleh membebaskan anda daripada stress seperti  di bawah: 

Oren 

Kajian dari German menunjukkan bahawa vitamin C membantu untuk mengurangkan tekanan dan membuatkan tekanan darah menjadi normal semula. Vitamin C juga dikenali untuk meningkatkan sistem imunisasi dalam badan. 

Kentang

Kentang boleh mengurangkan stress kerana ia memuaskan keinginan anda untuk mendapatkan karbohidrat dan kemanisan apabila anda berada di bawah tekanan yang berlebihan. Kentang penuh dengan 'betacarotene' dan lain-lain vitamin serta fiber yang membantu badan anda untuk memproses karbohidrat dalam proses yang mantap. 

Aprikot kering

Buah aprikot kaya dengan magnesium yang mana dapat mengurangkan tekanan dan boleh mengendurkan otot secara semulajadi. 

Almond, pistachio & walnut

Kacang almond penuh dengan vitamin B dan E dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi. Manakala walnut dan pistachio membantu untuk menurunkan tekanan darah. 

Ayam belanda

Daging ayam belanda mengandungi amino asid yang juga dipanggil 'L-trytophan'. Amino asid ini juga melepaskan serotonin, satu bahan kimia yang baik untuk otak. Inilah sebabnya orang berasa sangat tenang selepas makan daging ayam belanda. 

Bayam

Kekurangan magnesium dalam badan boleh menyebabkan migrain dan rasa keletihan. Satu cawan bayam memberikan 40 peratus magnesium yang anda sememangnya perlu dalam badan. 

Salmon

Ikan salmon mempunyai asid lemak Omega 3 yang tinggi yang mana boleh membantu menangani penyakit jantung. Kajian menunjukkan bahawa Omega 3 menyimpan hormon tekanan daripada memuncak. 

Avokado

Lemak tidak tepu dan potassium yang ada dalam buah avokado membantu untuk mengurang tekanan darah dalam badan. Potassium yang cukup dalam badan boleh mengurangkan tekanan darah dan tahukah anda, avokado mempunyai lebih potassium berbanding pisang? 

Sayur-sayuran hijau
source : google

Brokoli, sawi dan sayur-sayuran hijau lain adalah sumber utama vitamin yang membantu menyegarkan badan anda di kala stress
 jadi apa tunggu lagi mari kita cuba makanan yang dicadangkan mana tahu kot2 berkesan kan?

Wednesday 25 September 2013

Kenapa Yahudi Bijak?

Source Extracted from : Ping Busuk : Ditulis Oleh Hakim Maarouf Bin Hj Abdul Kadir Universiti Massachuset USA.Ha sebelum ni ada orang cakap kat saya x elok makanan laut dihidangkan dengan makanan darat (it mean *makanan laut *:ikan kerang sotong all the seafood n makanan darat is *telur , ayam daging * ha cam 2 la bagi yang tak berapa nak faham la.Mak saya pun ada cakap kalau nak masak jangan letak 2 benda ni dalam satu hidangan x elok , ini sunnah nabi sebenarnya tapi kita x ikut pun yang ikut yahudi kan?  So saya pun google la cari n cari n jumpa then saya nak syer dengan sume hope u alls dapat sikit info dari ape yang korek2 ni ...:) 
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu mengapa Yahudi Bijak?? Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.






Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, ya, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak?Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah siapa?? tekalah sendiri..!)

 Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.
Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ?perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk

kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
sumber : google

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan generasi yang bodoh dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negera Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Esei nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!
Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Ditulis Oleh Hakim Maarouf Bin Hj Abdul Kadir Universiti Massachuset USA.

::Makanan Kesukaan Rasullulah::

Rasanya info ni memang bagus saya kongsi dengan semua n untuk saya juga :). INI tentang makanan kesukaan Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W , So jom baca n cuba makan makanan ni ok...amik kat fb kiter je :)


1. Barli : Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma : Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin: Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur : Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.
5. Madu: Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis): Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
7. Susu : Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
8. Cendawan: Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun: Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
10. Delima: Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka: Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)
12. Air: Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.
Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat

Jangan lupa share untuk kawan2 yang lain ye..