rectangular

Tuesday 17 September 2013

Petua kecantikkan

Assalamualaikum.......
hari ni x da mood nak tulis panjang2 hari ni nak kongsi petua ja hihi

petua untuk awet muda
Bagi wanita yang mahu mengekalkan awet muda kisar peria katak, saleri epal hijau dan timun bersama sedikit air. Minum air ini sebagai satu amalan bagi mengekalkan kesihatan. Untuk rasa yang lebih enak campurkan dengan sedikit madu lebah asli..... lakukan 3x kali seminggu insyaallah jika rajin memang dapat hasilnya... ini petua orang dulu2 try la...

Singkirkan kulit mati (labu & betik)
Bagi mereka yang mengalami kulit kusam dan mengalami sel kulit mati , cara untuk hilangkannya secara semulajadi ambil isi buah labu dan betik . pastikan buah tersebut telah masak kisar kedua2 buah tersebut dengan putih telur. Sapukan pada kulit wajah dan biarkan selama 10 minit , kemudian bilas dengan air suam.
Amalkan 2x semiggu . Insyaallah......

Hilangkan gelap bawah mata (mata panda)
sumber : google
Petua untuk menghilangkan hitam di bwah mata ialah dengan menyapu air perahan limau nipisdi bahagian bawah mata. Lakukan pada waktu malam. Amalkan setiap hari selama satu minggu . Insyaallah tanda hitam bawah mata akan hilang.....selamat mencuba...

No comments :

Post a Comment

thanks for u`r comment