rectangular

Thursday 19 September 2013

PERCAYA .....SEJAUH MANA KEPERCAYAAN KITA TERHADAP PASANGAN!!!!

Assalamualaikum....
lama x online,  x berapa  sihat n buzzy sikit hope u alls sihat k......
Diharap hari ini lebih baik dari  hari semalam..

Menghabiskan masa bersama insan yang tersayang dan cinta bertahun tahun lamanya , kepercayaan yang diletakkan pada sidia lebih daripada segalanya.. 'But how much trust can you put on someone'?
Psang surut dalam apa jua jenis hubungan iaitu suami isteri, ibu , sahabat atau bersama bos ditempat kerja pasti ada. Ibarat asam garam dalam kehidupan begitulah juga dengan perhubungan.
Tanpa kepercayaan pasangan dan diri sendiri masakan hubungan yang dijalin akan sentiasa tenang. Pertelingkahan, perselisihan pendapat akan wujud dan ia berlaku bukan untuk mematahkan sesuatu perhubungan di jalin tetapi sebagai kayu pengukur menguji kesetiaan juga kepercayaan kita pada pasangan.
Seeloknya sebelum anda meletakkan kepercayaan pada seseorang sepenuhnya adalah lebih baik jika anda
tanya pada diri sendiri sejauh mana anda percayakan diri anda . Penting untuk kita nilai diri sendiri terlebih dahulu dan percaya dengan apa yang kita pegang barulah pengisian untuk percaya pada pasangan itu lebih bermakna. Kata cinta dan sayang boleh di ucap bila bila masa namun apa erti cinta sebenar jika masih ada keraguan pada pasangan kita
Hilangnya kepercayaan pada pasangan pasti saja akan melibatkan emosi diluar kawal.Sebaiknya setiap kali ada keraguan dalam diri akan apa yang dilakukan oleh pasangan , tanyalah kembali pada diri anda, adakah ada alasan yang kukuh untuk anda meragui kepercayaan yang selama ini disemai?
Memaafkan adalah jalan terbaik, tidak bermakna jika bukan anda yang menjadi punca kepercayaan itu padam, anda tidak boleh meminta maaf, malah ia akan membuatkan anda berasa lebih tenang, serta jelas bahawa anda telah melakukan sesuatu yang betul. Selain itu beri ruang untuk diri sendiri bernafas dan memberi sedikit ruang dalam diri.
sumber gambar : google

Bukan untuk menjauhkan diri daripada pasangan tetapi untuk mencari jawapan kepada persoalan yang timbul.Berterus terang dengan pasangan tentang apa yang anda rasa. Luahkan segalanya dengan cara yang betul.Tidak menggunakan emosi yang berlebihan dan tenang dalam pertuturan, pasti setiap apa yang dibicarakan akan diterima dengan senang oleh pasangan.Ini merupakan cara terbaik untuk mengembalikan kepercayaan yang telah padam...so percayakan diri sendiri dahulu sebelum memberi kepercayaan kepada orang lain ......

No comments :

Post a Comment

thanks for u`r comment