rectangular

Sunday 1 December 2013

Paul Walker pelakon Fast & Furious meninggal dunia dalam kemalangan

Assalamualaikum
Ha ni citer pagi tadi tapi sekarang baru nak update, kepada sape yang minat  2 furious mesti dah tau ni saya amik dari astro awani.
paul walker meninggal dunia kemalangan 1 paul walker mati kemalangan pelakon fast and furious
Paul Walker
Pelakon yang memegang watak sebagai Brian O’Conner dalam siri filem popular “Fast and Furious”  Paul Walker yang berusia 40 tahun dilaporkan meninggal dunia petang Sabtu selepas terlibat satu kemalangan ngeri membabitkan kereta model Porshe Carrera GT yang ditumpanginya
Menurut laporan, pemandu kereta itu gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan sekali gus mengakibatkan kereta tersebut meletup
Kemalangan yang berlaku di Santa Clarica, utara Los Angeles itu disahkan oleh seorang wakil bagi pelakon itu yang turut disiarkan oleh laman web Fox News
paul walker meninggal dunia kemalangan paul walker mati kemalangan pelakon fast and furious
paul walker mati kemalangan pelakon fast and furious
Laporan mengesahkan Paul Walker dan pemandu maut di tempat kejadian. Dalam pada itu kematian Paul Walker juga disahkan menerusi laman rasmi akaun Facebook peminatnya yang turut memaklumkan bahawa Paul Walker berada di Santa Clarica untuk menghadiri sebuah pameran kereta yang dianjurkan bagi tujuan mengutip derma untuk mangsa Taufan Haiyan di Filipina
Sementara itu, pihak berkuasa tempatan turut mengesahkan dua orang terbunuh dalam kemalangan itu, yang berlaku pada kira-kira 3.30 petang waktu tempatan di Santa Clarita, California
Bagaimana pun identiti pemandu yang berada bersama Walker tidak dapat disahkan lagi walaupun dilaporkan bahawa mangsa turut meninggal dunia

sumber astro awani

8 comments :

  1. Hilang 1 bintang.... cam mana la F&F nnt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurm tu la dah dia tgh shooting fast n furios 7 hurm

      Delete
  2. nasib baik tak minat kat dia ^_^ sbb ceta fast n furious kami xekot.. sebab bukan genre yang kami minat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami minat n ikot dari epsd 1 hurm rasa mcm x best l pulak nant

      Delete
  3. deeya takpernah tengok citer nih

    ReplyDelete
  4. nasib baik Fast 7 still diteruskan...sape la ganti tempat dia ek..? my Brian O'Conner!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hek eleh hurm mcm mane dah dapat jawapan nak pg yang mana?

      Delete

thanks for u`r comment