rectangular

Thursday 3 April 2014

`awi rafael bersyukur tinggalkan bekas kekasih.....

annyong....
as salam.....hai lama kan menghilang? ha ni nak gosip sikit pasal si awie rafeal... ha ni pun amik dari sumber yahoo.... jom baca....

Pemilik nama Muhammad Nabawi Gunawan atau lebih dikenali sebagai Awi Rafael, 28, enggan ambil pusing tentang kontroversi yang melanda bekas teman wanitanya, Hanez Suraya.

Kata Awi, sejak perpisahannya dengan pelakon drama ‘Sedetik Cinta’ itu, dia tidak pernah lagi menghubungi Hanez walaupun hanya sebagai kawan.

“Saya sudah tak ada kena mengena lagi dengan Hanez. Apa yang berlaku pada dia tiada kaitan lagi dengan saya. Tetapi sebagai manusia, kita doakan saja yang terbaik untuk dia. Kalau saya sendiri yang berdepan dengan kontroversi sebegitu, saya juga akan sedih,” kata Awi menegaskan dia bersyukur mengikut kata hatinya untuk memutuskan hubungan dengan Hanez.

“Banyak yang saya belajar selepas berpisah dengan Hanez. Antaranya, saya belajar untuk percaya dan mendengar kata hati saya. Saya rasa saya tak boleh teruskan hubungan dengan dia dan saya gembira saya mengikut gerak hati saya,” katanya.
Dalam masa yang sama, Awi turut menepis dakwaan yang mengatakan lagu kolaborasinya dengan Altimet berjudul ‘Kalau Aku Kaya’ ditujukan kepada Hanez.

“Lagu itu tak ditujukan kepada sesiapa. Ia merupakan sebuah lagu masyarakat. Lagipun ia ditulis oleh Omar K dan Audi Mok. Mungkin kerana saya seorang penulis, orang selalu salah anggap lagu yang saya tulis ditujukan kepada seseorang,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Awi bakal tampil dalam persembahan sempena meraikan Minggu Setiausaha di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 17 April depan disamping diva pop Indonesia, Krisdayanti.

Kongsi Awi, dia bakal menyanyikan beberapa buah lagu popularnya seperti ‘Pulanglah’, ‘Asalkan Aku OK’ dan ‘Kalau Aku Kaya’, serta sebuah lagu yang didedikasikan khas buat tragedi MH370 berjudul ‘Jangan Takut’.

Selain itu, Awi juga sedang sibuk merakamkan lagu untuk beberapa artis seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Alif Aziz dan Syura.

sumber yahoo.....

2 comments :

  1. alhamdulillah la...at least dia boleh cari yg lagi baik kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin ...mungkin la kak anis pn harap mcm tu

      Delete

thanks for u`r comment