rectangular

Saturday 24 August 2013

Susah sangat ke nak memaafkan orang??





Melafazkan perkataan maaf walau pada keadaan yang ternyata dia bersalah sangat susah untuk diungkapkan..... mengapa ya?.....
Sedarkah kita adakala hanya kerana mulut berat untuk mengeluarkan perkataan itu banyak perhubungan dan pertalian yang terputus begitu sahaja. Terputusnya pertalian darah , perceraian suami isteri, dan retaknya cinta dan impian yang dibina sekian lama.
Kesukaran melafazkan maaf selalunya terjadi di kalangan lelaki, ego mereka terlalu tinggi hingga boleh mencecah awan. Bagi lelaki mengeluarkan perkataan maaf itu umpama mencium kaki orang yang berada didepannya.

Meminta maaf dan mamberi kemaafan kepada orang banyak pahalanya dan ganjarannya, selain itu kita juga
dapat mengeratkan lagi ikatan yang terbina dalam sesebuah perhubungan.
Maaf sukar dilafaz bagi orang-orang yang ego, degil dan tidak pernah mengaku kesalahan sendiri..
Tidak mudah bagi seseorang untuk mengakui kesilapan sendiri dengan memohon maaf.So tak hairan la kalau Tuhan telah meletakkan ganjaran yang amat besar bagi umatnya yang berani mengaku salah dan sedia bermaaf -maafan......So Kepada sesiapa yang rasa egonya terlalu tinggi untuk melafazkan maaf cuba-cubalah memaafkan orang-orang di sekeliling....memaafkan orang lebih mulia daripada meminta dimaafkan.....
Source: Google

3 comments :

  1. ego dalam diri membuat kan seseorang itu sukar untuk memohon maaf, walaupon dia bersalah ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hm yup memang stp org ada ego tp kta still dpt maafkan org but yg x dpt 2 keras sgt ego die kan..... kan? :-)

      Delete
  2. tak susah pun hehe pada sy la pada org lain tak tahu :)

    ReplyDelete

thanks for u`r comment