rectangular

Friday 22 November 2013

Masa Senang Ramai Kawan, Tapi Masa Susah...... huh....

Assalamualaikum....

Salam jumaat semua... hope semua sihat n hari ini lebih baik dari hari semalam insha Allah.....ha hari ni tetiba ja rasa nak menulis tentang 'masa senang ramainya kawan tapi masa susah batang hidung pun xnampak' ...

Tajuk ni saya tak merujuk pada sesiapa pun ini saya tulis secara umum dan tidak juga menunding kepada sesiapa tapi kalau yang terbaca entri ni dia ada makan cili padi mungkin la dia rasa pedas sikit :). Saya tulis ni pun sekadar renungan untuk kita bersama...

Tipu la kalau hidup kita tidak ada kawan yang 'jenis ni' , kat mana2 pun ada orang jenis ni. Kawan jenis ni boleh dikategorikan dalam golongan orang2  yang negatif , ha kenapa saya kata mereka ni negatif? Sebabnya mereka ini mempunyai satu sikap iaitu sikap suka mengambil kesempatan keatas diri kita diwaktu kita senang. Bila senang 'ramai kawan yang mengaku 'kawan' oh pantang diajak semua on tapi bila kita susah ha batang hidung pun susah nak nampak kan?
sumber gambar : en google

Ini la sikap 'kawan' skang waktu senang  sahaja ada dekat dengan kita .Saya kadang2 terasa pelik kenapa masih lagi wujud orang yang sebegini? Bila kita susah n cuba meminta bantuan kadang2 respons yang diterima lambat or myb lansung x da respons . Sama macam pepatah melayu  yang menyebut 'habis madu sepah dibuang' betul tak? yer la dah x da nak diberi kawan pun hilang la....

Kepada 'kawan' yang ada sikap sebegini tolonglah , tolong ubah perangai anda , kita tidak tahu mungkin hari ni benda ini  terjadi pada kawan kita tapi sebaliknya mungkin akan terjadi pada diri kita sendiri.. Takkan bila diri kita ditimpa kesusahan time tu baru nak terhegeh nak 'mengaku kawan'? please.... fikirlah...kepada sesiapa yang terasa itu  sekali lagi saya mohon maaf saya tidak berniat untuk mengata sesiapa.....


3 comments :

  1. perkara biasa kalau time kita senang ramai kawan yang datang berkerumun.bila susah ramai yg menghilang... luar biasa yang bersama kita susah senang....yang boleh terima baik buruk kita..sebab kita sendri belum tentu ada time kawan kita susah..belum tentu dapat terima baik buruk kawan kita.. nak cari sahabat yg sebenar memang susah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. true indeed.. hurmm tu la pasal memang susah kan?

      Delete

thanks for u`r comment