rectangular

Friday 20 September 2013

Bentuk otot '6pack' hanya dengan makanan????

Source Extracted from:Yahoo : Pastinya ramai jejaka menginginkan tubuh badan yang mengiurkan. Namun malangnya pengambilan makanan yang tidak teratur dan salah menyebabkan badan menjadi berketul di satu tempat iaitu perut. 
Namun jika anda mahu mempunyai badan yang sasa atau tegap, apa kata cuba amalkan tips di bawah ini; 

Peraturan harus dijaga 

Pertamanya banyakkan minum air mineral dan sekurang-kurangnya tiga hingga empat liter setiap hari. Kemudian ambil 150 gram protein setiap hari yang terdiri daripada daging merah kurang lemak, ikan, ayam, telur, susu atau tauhu. Janganlah menahan lapar lebih dari tiga jam kerana badan akan menekan kapasiti untuk membakar kalori. Selepas pukul 11 malam elakkan mengambil makanan ringan. 

Pemakan yang perlu diambil

Ambil lima hidangan yang terdiri dari buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Pilih makanan tinggi karbohidrat sebagai sarapan setiap pagi seperti bubur, telur separuh masak atau telur masak hancur (scrambled egg) bersama roti gandum bakar. Jika anda mahu makanan ringan sekalipun, kekacang, buahan kering dan bijian adalah pilihan tepat. 

Pemakanan yang harus dielak

Jika anda sukakan minuman berkabonat, tidak ada salahnya. Pembentukan otot tidaklah seteruk yang anda sangkakan. Yang penting elak mengambil minuman tinggi gula dan berkabonat pada lewat malam. 

Makanan ringan seperti keropok, coklat, dan pemanis mulut perlu dielakkan kerana ia kategori makanan yang boleh mendatangkan ketagihan buat anda. Elakkan juga makanan bergoreng, nasi putih dan roti putih. Jauhi minuman segera yang manis seperti minuman '3 in 1' dan juga mengambil karbohidrat pada sebelah petang. 

Tips ini ini tidak menggunakan belanja yang besar dan yang paling penting kenalah berdisplin. Selamat mencuba!!
sumber gambar : en google

10 comments :

  1. Kalau perempuan ada 6 packs okay tak? Hikhik! ^_^
    Psst! Jangan lupa tolong VOTE Mieza kat SINI ye.. Hehe.. TQ! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu pompuan ha ha pelik kot ada memang ada tapi pelik la

      Delete
  2. tapi keropok tu memang sedapppp heheheeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer la kan keropok memang sedap kan... tapi banyak keburukkan ....

      Delete
  3. insyaAllah aci ksedang berusaha nie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu ok nanti blh lah 'show off ' kat kitaorang kan :)

      Delete
  4. ok..usaha2 =)..nk double kalau boleh..nk 12pack..he3..

    ReplyDelete

thanks for u`r comment