rectangular

Wednesday 11 September 2013

Berpisah tanpa Menyakitkan

Assalamualaikum.........
Hari ni petang baru sempat nak menulis hehe ....ha ha tengok tajuk pun dah pelik kan.... nak tulis pasal berpisah dengan cara baik ...bukan apa sesetengah orang ni masa nak bercinta boleh plak mintak nak declare dengan baik  tapi time nak berpisah x boleh nak cakap baik baik kan?

Berpisah selalunya menyakitkan tetapi ia tidak semestinya mencalarka jiwa anda.Kalau sudah tidak menemui titik persefahaman sebaik-baiknya berpisah adalah jalan yang terbaik.Bagaimana anda berpisah tanpa menyakitkan hati kedua pihak?
Pertama sekali anda perlu memilih masa yang sesuai :
tolonglah jangan berpisah dengan pasangan di khalayak ramai.Kalau ianya terjadi jangan meninggikan suara dihadapan pasangan.Ini bagi memastikan aib pasangan terpelihara dan tidak memalukan dirinya. Sebaiknya pilihlah masa yang sesuai untuk bercakap soal ini. Pilihlah juga tempat yang sesuai seperti di rumah dan sebagainya....

Keduanya jangan bertangguh-tangguh:
Tidak dinafikan memutuskan sesebuah perhubungan tidak semudah untuk membinanya namun jika tiada jalan penyelesaian antara anda dan pasangan sebaiknya kata putus perlu diambil. Berterus teranglah dengan pasangan . Dia pasti akan bertanya mengapa hubungan ini mahu diputuskan dan anda perlu mempunyai jawapan yang kukuh .Anda juga perlu bersedia dari segi  mental dan fizikal.....

Yang terakhir ialah bersikap matang:
Anda telah bersamanya dalam jangka masa tertentu. Seharusnya anda matang dalam berfikir. Jangan sesekali menghantar mesej pendek untuk menamatkan hubungan anda dengan dia.Beranilah hadapi situasi ini dan bertemulah dengan dirinya untuk menyatakan bahawa perhubungan ini perlu ditamatkan....
Tak susah kan hurm cuba lah buat yang lebih baik tak salah .... masa suka boleh buat baik x kan dah x suka x blh kan.... tepuk dada tanya akal.....

sumber gambar : google

2 comments :

  1. btol 2 =) nasihat yg baik..boleh guna utk psangan cinta je..kalau dh kawen jgn guna mcm ni..kena lbih mtang..kalau x..sng la cerai berai..

    ReplyDelete
  2. ha ha pandai ek.... hurm dah ada awek la 2.....

    ReplyDelete

thanks for u`r comment