rectangular

Saturday 28 September 2013

LELAKI MANJA ANAK *EMAK*

Assalamualaikum...
Ha terasa lak nak menulis tentang lelaki anak emak ni. Bukan apa just nak berkongsi dengan u alls...

SETIAP kali ingin membuat keputusan, mencari emak. Apa saja masalah yang berlaku - emak; bermanja berlebihan - emak; mencari keputusan untuk hal berkaitan rumah tangga, baik membeli rumah atau perabot - emak; bergaduh dengan isteri juga, mengadu pada emak. Pendek kata, semua yang dibuat emak dibabitkan, walaupun usia bukan muda, malah sudah beristeri dan berkeluarga. 

Inikah yang dikatakan anak emak? Istilah berkenaan bukan baru kita dengar, sebaliknya sudah digunakan sejak dulu lagi, lebih-lebih lagi untuk lelaki yang terlalu manja dengan ibunya. 



Mungkin tidak ada cacat-celanya perkara ini bagi si lelaki itu dan ibunya, tetapi tidak bagi kebanyakan wanita. Rata-rata, wanita rimas dengan lelaki begini, terutama wanita yang bersuamikan anak emak kerana anak emak ini sering kali tidak matang dalam membuat keputusan bijak, sekali gus mencerminkan mereka lelaki yang tidak pandai berdikari. 



Ramai melihat perkara ini, lebih banyak buruk daripada baiknya terutama apabila segala yang dilakukan untuknya tidak pernah nampak elok dan baik, hanya kerana tidak sama seperti ibunya. Masak tak sedap, tak macam emak masak; tak pandai kemas rumah, tak macam emak dan macam-macam lagi hal, yang boleh membuat isteri atau teman wanita jauh hati. 

Si lelaki juga tidak terkecuali menerima kesan buruknya. Bagi lelaki bujang umpamanya, gelaran anak emak, membuatkan wanita sukar mendekati mereka. Wanita akan beranggapan lelaki begini tidak matang, membosankan dan tidak layak dijadikan suami! 

Bagi yang berkahwin, tidak mustahil, isteri lama-kelamaan jauh hati, kecil hati dan tidak lagi mahu melayari kehidupan bersama. 

Namun, tidak wajar rasanya hal sebegini menjadi punca rumah tangga berantakan. Jika bijak dan pandai mencari ‘puncanya’, mengenal pasti serta melakukan perkara yang membuatkan si suami atau teman lelaki melebihkan ibu mereka, bukan saja mereka akan lebih sayangkan kita, mungkin satu hari kita akan juga akan jadi anak emak kepada ibunya! 
Hakikatnya, apabila bercinta  seterusnya mendirikan rumah tangga, kita bukan hanya berkawan dan berkahwin dengan pasangan malah keluarga mereka. Ibu isteri juga adalah ibu kepada suami dan begitu juga sebaliknya. 


Sebagai anak, sewajarnya ibu harus terus disanjungi, tidak kira bila dan di mana. Namun, lelaki bergelar suami juga harus tahu peranan dan tanggungjawabnya kepada isteri dan keluarga. Tidak salah merujuk kepada ibu tetapi tidaklah dalam semua perkara, lebih-lebih lagi jika berselisih faham dengan isteri. 
source pic : google
Isteri juga harus menghormati dan menyayangi keluarga suami sebagai tanda taat kepada suami. Bukankah syurga buat isteri terletak di tapak kaki suami
So kepada isteri2 yang dapat *mommy's boy* banyak2 la bersabar mungkin Tuhan ingin menguji sejauh mana tahap kesabaran kita.Orang yang sering diuji ialah org yang Allah sayang..... 

10 comments :

  1. hohohoho..tp kalau dah syg xkisah dah mommy's boy atau tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu ok x pe la kalau cam 2 kan ? yang penting bahagia ek.... tapi x kahwin lagi blh la kot cakap cam2 hehe

      Delete
  2. betul cakap cik mun kat atas..kalau dah syg semua jadi tak kisah..hehehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. nape ikut cik mun lak :) nape akmal *mommy's boy* ek ? hihi akak gurau je....apepun kn faham memahami je itu yang penting...

      Delete
  3. pernah kawan dengan anak mak, semua keputusan 'jap ek tanya mak dulu' huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurm yer la bgs la mcm 2 myb dia tkt jadi ape2 kot :)

      Delete
  4. salam...
    adik sue anak mak...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. nope i mean mommy's boy la..... u're a girl kan?

      Delete
  5. saya kalau boleh nak elakkan kan dapat bkal suami yang macam ni.. sebabnya susah.. dah la sy ni bukan jenis kaki pujuk..haha.. lntak situ la nti jadinya..

    ReplyDelete
  6. cian die jgn la mcm 2 kn blajar ek pujuk ? x salah kalau mengalah kan? br aman. Tp bab mommy's boy ni hannis pun x bpe suka gak sb ada pengalaman..... tapi past is past now is present....

    ReplyDelete

thanks for u`r comment