rectangular

Thursday 19 September 2013

Santapan tengah malam masayarakat korea selatan

SOURCE : YAHOO -  Ini info bagi yang meminati cerita korea atau punya cita2 nak ke korea macam saya so baca la saya amik kat yahoo je......malas nak mengarang la dua 3 hari ni stress  sangat.....hope info ni berguna untuk ualls......
Menikmati makanan pada waktu tengah malam sudah menjadi budaya masyarakat terutamanya golongan muda-mudi bukan sahaja di negara kita Malaysia, malah di seluruh dunia. Gaya hidup masa kini di mana rata-rata masyarakat menjalani aktiviti harian hingga ke lewat malam menyebabkkan pengambilan makanan pada waktu itu bukan perkara asing lagi. 

Korea Selatan sebagai contoh, bukan sahaja cukup terkenal dengan artis idola pop mereka, malah negara itu juga cukup terkenal dengan senarai makanan yang enak dinikmati pada waktu tengah malam hingga ke awal pagi! 

Mungkin anda juga boleh mencuba senarai makanan lewat malam ala Korea ini. Ia bukan sahaja kurang kolesterol, malah rasanya juga enak. Sekali-sekala perlulah ubah selera anda itu. 

RAMYEON

Ramyeon adalah mee segera khas Korea Selatan dan sangat popular di kalangan masyarakatnya. Sama seperti masyarakat Malaysia yang menggemari mee segera jenama Maggi, ramyeon merupakan makanan wajib ada di setiap dapur orang Korea. Penyediannya mudah sahaja di mana setelah diletakkan air panas ke dalamnya, hanya perlu tambahkan telur, kimchi, keju atau daun bawang. Memang menyelerakan dimakan panas-panas! 

TTEOKBOKKI & SUNDAE

Tteokbokki adalah snek ringan popular yang banyak dijual di gerai-gerai tepi jalan di Korea Selatan. Ia adalah sajian yang terdiri daripada potongan kek beras, daging, telur, dan juga taburan bijan. Tteokbokki mempunyai variasi rasa yang pelbagai seperti rasa pedas manis, daging lembu, dan pedas berapi. Snek ringan ini dimakan dengan tambahan sundae untuk menyeimbangkan rasa dan sebagai protein tambahan. Di Korea Selatan, sundae diperbuat daripada daging khinzir. 

RABBEOKKI
Hidangan yang sama seperti tteokbokki dengan tambahan ramyeon di dalamnya. 

BIBIMBAP

Bibimbap merupakan makanan tradisi yang terkenal di Korea Selatan. Bibimbap adalah sejenis hidangan yang terdiri daripada semangkuk nasi putih panas yang dilcampurkan di atasnya kimchi, sayuran jeruk masin dan pes lada hitam. Sebagai tambahan, boleh juga dicampurkan sekali telur mentah atau telur goreng dan kepingan daging lembu. Selepas itu, semua hidangan bibimbap itu dikacau sebati sebelum dimakan. Bibimbap boleh dihidangkan sama ada sejuk atau panas. Tetapi jika bibimbap yang di ambil sebagai hidangan tengah malam, ia lebih ringkas. Selalunya masyarakat Korea Selatan menyediakan bibimbap dengan mencampurkan apa sahaja jenis sayuran yang mereka temui di dalam peti sejuk ke dalam periuk nasi yang mengandungi lebihan nasi yang di masak. Mereka akan campurkan juga minyak wijen atau gochujang dan dikacau sebati. Mungkin anda yang pernah menonton drama Korea mengenali hidangan bibimbap ini bukan? Anda pasti pernah menonton babak drama di mana pelakonnya akan membuat sendiri bibimbap dan menikmatinya penuh selera sehingga anda sendiri menelan air liur melihatnya. 

GUNGOGUMA

Gungoguma adalah sejenis makanan yang banyak dijual di gerai-gerai jalanan di Korea Selatan. Ia amat digemari untuk dimakan sebagai snek lewat malam terutama sekali ketika cuaca yang sejuk. Gungoguma merupakan sejenis kentang panggang yang manis dan sangat menyelerakan jika dinikmati panas-panas dalam cuaca malam yang dingin. Ia membantu menghangatkan lagi suhu badan. 

HOPPANG

Sama seperti gungoguma, hoppang juga snek ringan yang sangat digemari dan banyak dijual di gerai-gerai jalanan. Ia memiliki isi yang pelbagai sebagai intinya. Inti hoppang terdiri daripada sayur-sayuran, kacang merah, daging, 'toping' pizza dan lain-lain. Kebanyakan peniaga hoppang gemar berniaga berdekatan stesyen keretapi bawah tanah. Ia mirip seperti kuih pau.
Bagi semua makanan diatas saya dah pernah buat dah bibimbap n menjadi n sedap hihi selalu gak buat bila kat dalam freezer saya banyak barang2 hihi try la tapi yang non halal jagan la letak k....kita guna yang kita boleh makan je...laen2 x try ag .....selain itu saya pernah gak buat 'soondubu jjigae' soft tofu stew....memang pedas gila n sedap sangat ....gila cerita korea sampai try buat makanan korea....

6 comments :

  1. oo...baru la nana tau rupa bibimbap macam mana,hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. la nana x tau ek hurm mst x bpe minat cite korea ni.... :)

      Delete
  2. ha3..berbelit2 lidah sy nk sebut =) nmpak sdap..tp ada halal ada haram..tkot nk makan hu3.. pnh tgok makan2 mcm ni dlam running man..

    ReplyDelete
    Replies
    1. la kita masak kita pilih la bahan2 yang halal x yah la letak pork 2 kita ganti dengan daging huhu....

      Delete
  3. Replies
    1. jom la masak tapi ahad ni kot anis nak masak hehe dah lama x masak masakan korea teringin lak....

      Delete

thanks for u`r comment