rectangular

Thursday 19 September 2013

trend berfesyen ala 'nerd'

Source by Yahoo : Dahulu golongan 'nerd' atau dipanggil ulat buku sering menjadi bahan ketawa dan dilabel sebagai orang yang ketinggalan zaman kerana dalam berfesyen, namun kini sebaliknya apabila gaya 'nerd' kini mula menjadi trend oleh kebanyakkan lelaki. 

Jadi kepada golongan lelaki di luar sana yang ingin mencuba untuk menggayakan fesyen 'nerd' ini, apa kata cuba tip-tip untuk anda menggayakan fesyen ini. 

SMART NERD Memilih warna hitam dan putih adalah warna selamat untuk anda berpenampilan formal. Pilih kemeja berlengan panjang berwarna putih dan padankan dengan tali leher 'skinny' berwarna hitam, dan jika anda memakai kemeja putih berlengan pendek, anda boleh padankan ia dengan seluar 'skinny' dan tali pinggang hitam. 

Jika anda berasa tidak cukup 'nerd' lagi, pakai aksesori seperti 'braces suspenders' jenis 'skinny' bagi memberi kontra pada kemeja anda. Paling penting, jangan pula anda lupa untuk menyikat tepi rambut. 

KASUAL NERDJika mahu bergaya 'kasual nerd', pilih baju t berleher bentuk V dan padankan dengan seluar denim hitam atau biru jenis 'straight leg' atau 'skinny'. Tetapi jangan padankan dengan seluar berkotak kerana ia tidak sesuai dengan baju t. 

Untuk gaya rambut pula, cuba buat potongan rambut 'asymmetric' atau 'messy mohawks'. Manakala kasut pula, pilih kasut kasual bertali atau tidak bertali seperti lofer berwarna gelap atau sneakers putih. 

Diharap dengan tip-tip ini dapat membantu anda di luar sana yang ingin mencuba menggayakan fesyen 'nerd' ini. Selamat mencuba!
info untuk lelaki cuba lah sekali sekala mana tahu lebih 'handsome' huhu.....
 info ini diambil dari Yahoo

2 comments :

  1. he3 nmpak kemas :) xdelah nmpak skema sgt..pkai cmni lpas 2 simpang jambang, misai dan janggut..pehh..style la he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha fais cer try buat cam fais kata 2 then post la kak entry akak hihi

      Delete

thanks for u`r comment