rectangular

Wednesday 2 October 2013

Tips bergaya untuk lelaki

Assalamualaikum
ha ni ada sdkt info untuk lelaki tadi saya amik tentang wanita kan?x adil la tulis untuk perempuan ja ...kesian lelaki diaorang pun tentu nak tahu juga tentang tips bergaya untuk mereka ... :) kat bwah ni ada info untuk u alls.....

Source Extracted from : yahoo - Berpakaian kemas dan bergaya pastinya menjadi pilihan jejaka yang ingin berjumpa kekasih atau klien. Berpakaian kemas dan bergaya juga melambangkan karisma seseorang itu terutamanya ketika di tempat kerja atau menghadiri majlis yang memerlukan mereka bergaya seperti majlis berprofil tinggi.

Disini kami ada kongsikan bagaimana sang jejaka boleh kelihatan sentiasa bergaya, stylo dan kemas dengan tip-tip dibawah ini. 

Kemeja lengan panjang 




Ketika dalam pemilihan baju kemeja, pastikan anda memilih kemeja lengan panjang kerana kemeja lengan panjang akan membuatkan anda kelihatan lebih kemas berbanding kemeja lengan pendek. Di samping itu, kemeja 'slim fit' juga sesuai untuk dipakai kerananya ianya tidak menggelebeh dan tidak nampak besar dan sesuai untuk jejaka yang mengemarinya. Namun, sekiranya baju lengan pendek itu menarik dan nampak elegan tidak salah untuk mengayakannya. Untuk corak berjalur adalah lebih baik daripada kemeja kosong tanpa apa-apa corak, kerana ia akan memberi kelainan kepada anda. Corak kemeja kotak-kotak lebih sesuai untuk acara tidak formal dan kasual. 

Pakaian "berjenama"

Jenama merupakan aspek yang penting kerana apabila jenama itu berkualiti pakaian itu akan tahan lama dan nampak lebih selesa. Selain itu, bercakap mengenai saiz, ianya adalah satu perkara yang perlu dititiberatkan kerana jika tersilap memilih saiz pasti baju yang dipakai tidak kena dan tidak sesuai. Sebolehnya belilah baju mengikut kesesuaian saiz anda begitu juga dengan saiz seluar. Pastikan memilih seluar yang longgar supaya apabila berat anda naik kelak seluar itu masih boleh dipakai lagi. 

Tali pinggang

Tali pinggang walaupun tidak memberi kesan yang besar tetapi jika anda tidak memakai tali pinggang pastinya ia akan kelihatan pelik dan ganjil. Tali pinggang ini boleh menambahkan lagi aura dan boleh menyerlahkan lagi karisma sang jejaka. Kalau boleh elak tali pinggang terlalu 'old school' dan juga elakkan dari yang berbentuk pelik dan 'fancy' kerana dengan faktor usia serta dengan kesesuaian majlis sepatutnya tali pinggang berbentuk tidak seharusnya dipakai. 

Kasut

Kasut pun perlu dipilih dengan teliti. Kerana pemilihan kasut yang salah akan membuat penampilan anda tidak sesuai. Jika ingin memilih warna kasut yang sesuai, pilihlah warna hitam dan tidak bertali kerana ianya akan kelihatan lebih eksklusif dan profesional. Janganlah pakai yang kasut yang terlalu menonjol kerana takut nanti kasut anda akan lebih menjadi perhatian daripada penampilan anda. 

Tali leher

Tahukan anda corak dan tali leher itu boleh memberikan impak kepada si pemakai kerana apabila sang jejaka mengayakan warna dan corak yang sesuai mengikut baju ianya mampu menarik perhatian wanita yang pastinaya tertarik dan terpesona. Di pasaran, pelbagai bentuk tali leher boleh digayakan seperti ada yang lebar, nipis dan juga petak. Perkara yang perlu dielakkan, janganlah memakai tali leher yang lebar kerana ia kelihatan seperti pelik. Pilihlah tali leher yang nipis kerananya ianya lebih nampak kemas, malah ia juga sesuai untuk dipakai ketika waktu formal atau sebaliknya. 

Penampilan diri memainkan peranan penting dalam pembinaan keterampilan diri. Oleh sebab itu, haruslah tahu serba sedikit untuk cara-cara untuk kelihatan bergaya dan sejuk dipandang.Semoga tips ini dapat membantu anda dan cubalah untuk praktikkan

8 comments :

  1. take note.
    tali pinggang dan kasut mmg pnting bg lelaki,
    xdek dua2 boelh dianggap selekeh:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi ade gak yang jns x kisah just wear a slipper je....

      Delete
  2. kalau bertubuh sasa tak perlu yeh haha!

    ReplyDelete
  3. he3..sy ni jenis sntai je kak =) kemeja sy xsuka pakai..suka t-shirt n jersi..jnji bnda tu memudahkn dan nmpak sntai..kemas tu mgkin atas pndangan orang la..

    ReplyDelete
  4. nice sharing..
    tapi kalau dah muka hensom..
    pakai apa pun nampak elok..
    sama la mcm org cantik..
    pkai apa semuanya nampak elok dipandang :)

    ReplyDelete
  5. Hehee.. nnti kami buat baqu ampa taw mcm mna air tangan lelaki dan titik peluh yg mnitik-!! Ke dalam mangkuk adunan disertakan air liur yg terpercik ke dalam acuan alangkah masinnya..

    ReplyDelete

thanks for u`r comment