rectangular

Thursday 10 October 2013

lelaki menangis!!?

Assalamualikum....
Sejahteralah ke atas kamu bagi yang membaca blog saya...




Berbicara lagi Tentang Lelaki :). Biasanya air mata lebih sinonim dengan wanita yang mudah mempamerkan pelbagai emosi tetapi lelaki juga dikatakan mudah menangis. Cuma lelaki terkenal dengan sifat ego yang tinggi jadi amat sukar bagi sesiapapun untuk melihat air mata lelaki. Mahal kot harganya. Walau bagaimanapun, lelaki juga manusia biasa yang punya fitrah untuk merasai pelbagai jenis perasaan. Cuma bezanya, lelaki menangis disebabkan oleh beberapa keadaan atau punca tertentu.Kat bawah ni ade amik kat googlenyer,,,, 

 Kematian orang tercinta
Seperti wanita, lelaki turut berasa kehilangan apabila kematian orang yang dicintai. Memang lelaki sukar untuk menitiskan air mata tetapi apabila berhadapan dengan situasi yang perit, mereka juga akan menangis dan jangan terkejut jika melihat mereka menangis teresak-esak mengalahkan wanita. 
Selalunya kematian yang melibatkan pasangan seperti isteri, ibu atau ayah menyebabkan mereka tidak segan untuk mengalirkan air mata walaupun di hadapan khalayak ramai. Lebih-lebih lagi, mereka berasa keseorangan selepas kehilangan kasih yang juga merupakan insan yang paling rapat dan memahami mereka sebelum ini.

Lamaran diterima


Berjaya melamar kekasih hati yang sebelum ini begitu dicintai menyebabkan lelaki turut menangis. Bagi mereka, ia adalah antara saat-saat manis yang membuatkan lelaki mudah mengalirkan air mata. Pada saat gadis impian sudah menerima lamaran untuk dijadikan suri dalam hati, lelaki tidak segan silu untuk menangis di hadapan wanita itu selepas bersusah payah menawan hati si dia.

Ketika bergelar ayah
Menyaksikan sendiri proses isteri bersalin pasti sesuatu yang indah dan memberi keinsafan kepada golongan lelaki (walaupun mungkin ramai lelaki yang tak sanggup melihat wajah isteri yang menanggung kesakitan waktu itu). Mereka pasti rasa terharu saat melihat zuriatnya bersama isteri yang dicintai lahir ke dunia di depan mata dan kesakitan yang terpaksa ditanggung isteri ketika proses kelahiran. Justeru, ramai lelaki mengalirkan air mata gembira ketika melalui detik manis itu. 

Kegagalan
Tidak semua lelaki mampu menanggung kesedihan akibat kegagalan. Selalunya, mereka mudah menangis sekiranya berdepan dengan kegagalan rumah tangga mahupun kerjaya, setelah menemui jalan buntu untuk menyelamatkan sesuatu yang dibina dengan usaha keras daripada berakhir, jangan terkejut sekiranya mereka begitu sedih hingga mengalirkan air mata. Biasanya, apabila mereka berhadapan dengan situasi begini, lelaki tidak mempamerkan emosi mereka secara terang-terangan. Mereka lebih gemar bersendirian dan menangis sepuas hati di tempat tersembunyi.

Kesyukuran
Lelaki juga mudah menangis apabila terlalu gembira dengan sesuatu perkara. Selalunya apabila mereka mencapai sesuatu kejayaan yang diimpikan setelah berusaha gigih sekian lama. Air mata gugur tanpa disedari ketika bercerita dan berkongsi keperitan hidup dengan insan terdekat. Bagi mereka, mengingati kepayahan di masa lampau sehingga berjaya mendaki ke puncak kejayaan adalah sesuatu yang begitu sentimental nilainya.

Keinsafan 
Mendapat petunjuk menjadi insan yang lebih baik antara sebab lelaki mudah menangis. Selalunya bagi lelaki yang beragama Islam, selepas menerima hidayah untuk berhijrah ke arah yang lebih baik, mereka mudah tersentuh ketika mengenangkan dosa-dosa lampau. Namun, kesedihan dan tangisan mereka itu adalah tangisan keinsafan. Ketika berhadapan dengan situasi tersebut, mereka jarang mempamerkan secara terang-terangan namun dari riak wajah, terserlah cahaya keinsafan

sumber : google
Source: Google

10 comments :

  1. lelaki ni special sbnrnya...hard to understand...tp bila part ego tu yg susah tu..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurm tu la pasal... ego 2 mahal sangat... tapi ade gak yang ckp die x da ego... lelaki.. lelaki...

      Delete
  2. tak boleh dengaq laki menanges pasal cinta. sakit hati, sakit jiwa, semak perut semal pedai semak segala nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 mengada2 ja lebih huh , br bercinta pun nak nangis bagai, nanti dah kahwin x pn jd mcm 2 kan?

      Delete
  3. orang laki menanges comel kan kak?? ha3 :p sy rsa xpnh lg mnges dgn sbb2 diatas tu =) mgkin 1 hr nnti..mnjd ayah tu..mstilah kot

    ReplyDelete
  4. ha ha bagus2 ha cepat2 la nanti dah ade calon bgtau blh la akak bw satu rombongan g ... hihi

    ReplyDelete
  5. budak lelaki nangis sbb mak ny marh asik nk beli mainan je hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe mainan ? dah besar pun nak maenan lagi ek? :)

      Delete
  6. ooo...baru nana tau.menarik perkongsian akak ni:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer ek thanks akak suka explore pasal lelaki hihi nak lebih tau pasal diaorang...

      Delete

thanks for u`r comment