rectangular

Friday 4 October 2013

Stress dan cara menguruskannya....

 Assalamualaikum... 
salam jumaat semua... hmmm hari ni nak mengarang pun kena amik masa huhu ... idea dah kering ni... tapi hari ni terasa lak nak menulis tentang stress di kalangan kita... ha haa ha ade ke org yang x alami stress?? ade budak2 n org yang x bpe 'sihat'... he he.. 

Jika kita  mempunyai symptom-simptom stress kita  bukanlah berseorangan di dunia ini yang menghadapi masalah seperti ini.  Apabila kita  selalu mengalami  stress/tekanan kita  berkemungkinan besar akan mengalami sakit kepala, insomnia (tak boleh tidur), keletihan, darah tinggi, dan berbagai jenis sakit yang disebabkan stress.  Contohnya apabila kita diminta bercakap di khalayak ramai jika kita jadi gementar terutamanya jika kita jarang sekali berbuat demikian.  Ini menjadi lebih teruk jika orang yang kita hadapi itu merupakan orang yang asing bagi kita.

Sebenarnya gaya hidup kita boleh menyebabkan kita sentiasa berada di dalam keadaan stress.  Kebanyakan dari kita telah dilatih semenjak kita kecil lagi untuk bertindak pada tahap yang sebaik-baiknya.  Bila kita tidak mencapai apa yang diharapkan maka kita akan kecewa.  Semua ini mendatangkan tekanan kepada kita.  Contohnya apabila kita teringat tugasan yang diberikan kepada kita oleh bos kita bila kita bangun pagi kita akan merasa sengal-sengal badan. Jika usaha-usaha kita pada hari itu menghadapi kesulitan (umpamanya kita gagal menyiapkan tugusan tersebut ) ketegangan kepada otot-otot kita akan menjadi lebih ketara. 

Perkara yang penting bagi kita lakukan ialah untuk menguruskan diri kita secara efisen.  Pada asasnya sebahagian besar dari kita  (pelajar) terpaksa hidup berdikari dan kegagalan untuk menguruskan kehidupan harian adalah punca utama stressMenangguh kerja, kekurangan wang, konflik dengan sabahat/kekasih, masalah kekeluargaan dan berbagai lagi situasi adalah perkara-perkara yang biasa kita hadapi.  Kejayaan  kita menguruskan perkara-perkara ini dengan baik akan menentukan tahap stress kita.   Dengan perkataan lain bagaimana kita menguruskan tekanan adalah cara utama untuk mengurangkan tahap stress yang kita alami.

source picture : google

            Kunci untuk menghadapi segala masalah ini adalah dengan mempelajari dan mempraktikkan cara untuk relaks semasa kita menghadapi stress dalam kehidupan kita setiap hari.

10 comments :

  1. stress tu manusia yg wujudkan..hehehe...as long as pandai bhgi masa okay kot :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer la kita yang wujudkan pas 2 yang x da iman mula la jadi mcm2 hurm.. sampai kan bunuh diri pun ada ... so mintak kita semua di jauhkan la.... kan kan kan sally? :)

      Delete
  2. huwaa saya ada simtom2 tu..memang selalu stress sekarang..cepat rasa nak marah..cepat letih..mengantokk. kerap sakit kepala :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pe janji masih blh pkr baik n buruk kan? jgn layan sgt k.. aya kena buang je sbb aya kan stdy lagi... x leh stress2 ni...

      Delete
  3. yg penting byk tenangkan hati dgn berzikir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ar ar kalau masih ada yang pkr kan cara 2? selalunya org x pkr sume 2 hurm... cian kan? pada yang amik jalan singkat untuk selesaikan stress

      Delete
  4. stress ni lumrah kot =) smua orang psti kena..cuma cara nk tanganinya je mcm mn..kalau pndai, ok la..betol ke kalau orang prmpn stress je kluar jerawat??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ar ar betul 2 yang akak ler kalau stress giler sure kuar x mau2 jerawat huhu so jgn stress la kalau x nak bnyk jerewat... kdg2 duk pkr terlampau 2 yang jadi stress sgt ...

      Delete

thanks for u`r comment